Sunday 22 May 2022

JAMUAN RAYA PERINGKAT DAERAH (17.5.2022) & JAMUAN RAYA MPAJ - 20.5.2022 (BHGN 1)

17.5.2022
Nama aku naik untuk pergi ke Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah anjuran Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. Dah lah buat malam Selasa dan esok kena kerja. Aku nak pergi naik apa? Grab? Aku tengok senarai nama, ada nama Kak Yus dan aku tanya kalau dia pergi dan dia pun tak tahu lagi.

Kak Tim tanya dalam grup BUB, siapa staff lelaki yang boleh gantikan aku dengan Wani dan masing-masin ada ha dan tak nak pergi. Sudahnya Kak Gee gantikan Wani dan ajak aku pergi dengan dia dan Kak Tim pun pergi gantikan Syahira rasanya sebab dia cuti ke apa entah.

Lepas Maghrib aku tunggu Kak Gee dan aku beranikan diri untk solat di surau sendirian dan nasib baik staff Bahagian PS ada lagi (biasanya dia orang balik lambat sebab kena buat minit mesyuarat) dan lepas tu kita berdua gerak ke sana. Kak Gee gunakan waze dan biasalah jalan sesak. 

Kita orang nak tunjuk muka dan berswafoto sebagai bukti dah hadir lepas tu nak balik. Kalau dapat makan tu kira bonuslah sebab dah tentu ramai orang kan! MPAJ ada sediakan bas tapi pukul 5.30 @ 6 petang , dia orang dah bertolak. Awal sangat kan! Kak Yus pun ikut naik bas.

Sampai kat PTDHL tu tengok sunyi saja macam tak ada apa-apa pun. Tanya dekat pengawal keselamatan tu, rupanya dia orang buat kat depan lagi bukan kat PTDHL tu. Cari punya cari jumpa dan kita orang pusing tiga (3) kali untuk cari parkir. Kak Tim dah sampai, dah ambil makanan dan dah nak balik pun! Sudahnya Kak Tim nak balik dan suruh kita orang ambil parkir dia.

Lepas tu nampaklah Kak Tim dah tunggu kita orang kat tepi jalan tu, dan ada ruang kosong untuk parkir. Dapatlah Kak Gee parkir kereta dan kita orang bertiga berswafoto sekejap. Ramai lah orang kat jamuan raya tu. Masa kita orang sampai tu ada MB Selangor (tak ahu lah baharu sampai ke apa) dan ramailah yang berkerumun (wartawan). Aku dan Kak Gee ambil gambar dan tak rasa nak makan pun dan terus angkat kaki...hahaha. Bagus tak kita orang?

Semua khemah penuh dan malaslah nak tunggu. Dah lah jalan laju-laju, datang - ambil gambar - jalan balik! Itu sahaja, janji kita orang dah datang dan yang bagusnya balik tu kita orang singgah beli makanan dekat McDonald's.

SAMPAI JE SANA, CARI BUNTING DAN TERUS AMBIL GAMBAR DAN LEPAS TU CAU CINCAU...BALIK!


NI MASA BAHARU DAPAT PARKIR, BERSWAFOTO DENGAN KAK TIM

Dalam sehari dua ni aku ada isu dengan Mr.A dan selalu dia jarang nak video call aku dan dia ada video call dari tempat kerja dan aku beritahu yang aku kena kena pergi jamuan raya tu. Dia tanya pergi dengan siapa? Aku cakaplah dengan kakak opis sebab dia ingat aku pergi dengan staff lelaki. Aku cakap nanti aku 'selfie' dengan kakak tu.

Malam tu dia mesej aku tanya mana gambar? Aku cakaplah kakak tu tak bagi lagi, nanti dia dah bagi aku hantarlah dekat dia, kemudian baharu dia kata ok. Esoknya baharu aku bagi gambar tu dekat dia itupun lepas aku minta gambar tu dekat Kak Gee. Dah tengok baharu dia percaya aku pergi dengan staff perempuan.

Gambar kat bawah ni, dari grup WA BUB dan kemudian diwujudkan pula grup sementara dengan Bahagian Audit Dalam sebab kita orang jaga gerai sekali seperti tahun-tahun sebelumnya (aku belum masuk UB lagi)

18.5.2022 - BOS NAK KITA ORANG PAKAI MACAM NI MASA JAMUAN RAYA NANTI



ORANG KUAT NI - KAK TIM













ADA BUAH MANGGIS, RAMBUTAN DAN LAICI

STAFF LELAKI KENA PAKAI NI - ADIK ACAP YANG BUAT

AKU DENGAN KAK YAM TAK ADA SEBAB KITA ORANG KAT ATAS. KAK YAM TUNGGU AKU SOLAT MAGHRIB DUU BAHARU AKU TURUN.




GIMIK TUAN YDP KAIT BUAH DI GERAI BUAH-BUAHAN KITA ORANG


AKU DAH BALIK MASA NI SEBAB MR.A DAH DATANG - TAK BERAPA LAMA LEPAS TU TUAN YDP PUN DATANG KE GERAI. TAK ADA REZEKI NAK BERGAMBAR KAN...

No comments: