Thursday 5 May 2022

5.5.2022 - TIMES SQUARE (BHGN 1) - DEKORASI

Orang tak ada kampung macam ni lah, tak tak tahu nak ke mana masa raya. Bukan ada saudara yang nak dilawat @ datang melawat kan! Tak macam orang lain yang sibuk letak gambar sana sini pasal pergi beraya dan berkumpul dengan sanak saudara. Famili dan saudara aku tak ada semua itu! 

Dari dulu lagi memang macam tu cuma masa arwah Abah ada, kita orang adalah juga pergi berziarah ke rumah mereka yang lebih tu (pangkat pak cik & mak cik) seperti ke rumah Atuk Daud & Nani Nore, rumah Pak Cik Babu dan Mak Cik Mahani, rumah Dada & Mak Cik Zaitun dan rumah Mak Tok (Abah kerja kebun kat rumah dia sejak aku belum lahir lagi) serta rumah kawan mak, Mak Cik Zarah.

Lepas Abah dah tak ada memang tak ada pergi kecuali setahun dua lepas Abah meninggal tu masih pergi lagi lah masa hari raya. Anak-anak dia orang pun tak pernah nak datang ke runah kita orang. Jadinya memang tak berapa rapat dan kenal dan kalau jumpa kat luar pun memang aku tak kenal dia orang pun!

Adik beradik Abah pun sama, masa Abah ada lagi pun tak pernah nak datang rumah masa raya walaupun Abah ank paling tua (seibu) apatah lagi bila Abah dah tak ada ni kan! Memang tak ada lah dia orang nak datang!

Jadi dah biasa raya aku macam ni, tak ada seronoknya pun! Bosan sebab memerap sahaja kat rumah!




AKU, ADIK, NURUL & NUHA GERAK DULU DAN NANTI JUMPA ANAK BUAH AKU YANG LAIN KAT SANA


MACAM BIASALAH LAH ADA DEKORASI KAT RUANG LEGAR TU KAN!


ADIK & WAFI


BAKAL TUNANGAN ORANG NI...TAK BERAPA HARI JE LAGI!

YANG MAK CIK DIA DUA ORANG NI MASIH SINGLE MINGLE, ANAK BUAH NAK BERTUNANG DAH...HAHAHA TAK APA REZEKI DIA NAK KAHWIN MUDA (MACAM MAK DIA JUGA!)





NI LAH MAK CIK IQA YANG COMEL TU...HEHEHE









SATU GRUP BESAR

DARI KIRI: ADIK, WAFI, AKU, NUHA, NURUL, IMAN DAN IQA










No comments: