Masa ni kenalan FB aku sibuk ajak jumpa sebelum puasa tapi nak suruh aku pergi tempat dia kat Damansara sana. Sajjad Hussin namanya dan dia dari Bangladesh tapi kalau tengok muka tak nampak macam dari san pun. Boleh tahanlah rupanya. Aku suruh dia datang sini tapi dia jumpa kat KL Sentral. Aku mana biasa pergi sana dan sudahnya tak jadi jumpa pun.
Kebetulan Adik aku ajak temankan dia pergi ambil telekung yang dia menang (Giveaway dekat IG) dekat Sunway Putra Mall (SPM), jadi lepas balik kerja terus aku ambil dia dan pergi sana sama-sama.
SPM ni berhadapan dengan PWTC yang saban tahun kita orang pergi pesta buku TETAPI tak pernah pun pergi sana. Dari mall lama dah tutup sampailah diubah suai jadi SPM kita oang memang tak pernah pergi pun. Ini pun kalau tak kerana Adik aku nak ambil hadiah dia memang tak sampailah kita orang kat sana.
|
APA-APA KENA AMBIL GAMBAR DULU |
|
IMAN PUN ADA SEKALI |
|
ADIK MEMANG HADIAH TELEKUNG TEA - KALAU NAK BELI SENDIRI BOLEH TAHAN JUGA HARGA DIA! |
|
CANTIK-CANTIK JUGA TELEKUNG KAT SINI |
|
ADA TELEKUNG WARNA HIJAU DAN UNGU SERTA MERAH JAMBU - WARNA KESUKAAN KITA ORANG SEMUA! |
|
ADIK AKU 'FOLLOW' DIA KAT IG DAN DIA JUGA BUAT GIVEAWAY - SO DIA JUGA ADA KELUARKAN BUKU RESEPI SENDIRI |
|
INSYA ALLAH KAN, BAHAGIA ITU MILIK AKU |
|
EH, BELUM LAGI LAH! HAHAHA |
|
AKU TAK ADA LELAKI KE-19 PUN CUMA PERNAH KENAL RAMAI LELAKI KAT APLIKASI FB DATING TU DAN KEBANYAKANNYA PENIPU @ SCAMMER |
|
BELI DONUT DULU |
|
BETUL - DAH LAH NAK DAPAT TU SANGATLAH SUSAH |
|
NI PUN BETUL JUGA SEBAB AKU BERKAWAN DENGAN MR.A YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA KAN! DIA ORANG SATU NEGARA ARWAH DATUK AKU NI |
|
SEMUA TAJUK BUKU NI MACAM ADA KAITAN DENGAN PERJALANAN KISAH AKU BERKAWAN DENGAN MR.A NI. SEMOGA SEMUANYA DIPERMUDAH DAN DILANCARKAN SEGALA URUSAN AKU. KORANG TOLONG DOAKAN TAU! |
No comments:
Post a Comment