Wednesday 18 November 2020

BELI DI FB: UBAT KETUAT (WARZEN) & PERFUME SUAVE (CUTE CARRY)2020

Iklan ubat ketuat selalu ada kat dinding muka buku aku...BM sangat kan! ada kat wall FB aku lah. Baca juga testimoni orang lain yang dah guna dan aku lepas dah banyak kali iklan tu lalu, makanya aku pun sahaja nak cuba sebab aku ada ketuat tu kat tapak kaki kiri. Mula-mula ada satu dan kecil sahaja dan bila bertambah jadai tak selesa jugak lah.

Menurut orang tengah yang aku berurusan tu (Farah), kalau tak besar dalam masa 10 hari dah hilang ketuat tu dan hanya sapu betul-betul di bahagian yang bermasalah itu sahaja.

Beli lah online dan alhamdulillah memang ada perubahan. Pertama kali aku guna (masa nak tidur) pada 5.6.2020 dan sampai sekarang memang hilang dah ketuat tu. Nak tunjuk gambar pun tak boleh kan...faham-faham sahajalah yer...
Aku beli sebotol sahaja dulu

Ni testimoni pengguna lain yang 

Ok...dah otw yer..


Dah sampai - Farah siap bagi putik kapas sekali. 



***************************************************************************

16.6.2020 - Beli minyak wangi pula



RM50 sebotol - aku pernah bau yang ini masa penceramah dan pemilik CuteCarry, En.Hafiz datang ke MPAJ dan beri ceramah berkaitan keterampilan kakitangan. Masa tu pun dia dah jual minyak wangi ni dan bagi kita orang bau dua-dua minyak wangi yang dia jual dan mujurlah aku ada buat nota sikit mana satu yang best (dalam buku nota-nota kursus dan ceramah).

Perfume Pakej Biasa - RM50

Suave - gabungan bau segar buah-buahan, lavender dengan sentuhan kayu gaharu dan cendana (ni ayat dalam iklan yer)

****************************************************************************

No comments: