Wednesday 11 November 2020

BAHASA: KESALAHAN BAHASA DALAM DOKUMEN RASMI MAJLIS & JAWATAN KOSONG DBP

Bila ko terjumpa banyak kesalahan bahasa dalam dokumen rasmi yang dibuat oleh pegawai B dan disemak oleh pegawai A kakitangan kerajaan. Bukan nak bias atau apa tapi aku geram bila dia orang suka-suka taip macam tu. Kata kena gunakan Bahasa Melayu dan semua urusan rasmi, jadinya gunakan dengan sebetulnya. 

Ada pula yang cakap "Ah, lantaklah!" (ni di BUB bila PPT tegur pasal cap nama @ cop nama). Aku memang pantang kalau dengan ayat macam tu! Tak bolehlah macam tu, ikut suka hati korang sahaja nak taip apa. Kamus dewan online kan ada! Laman sesawang PRPM - Pusat Rujukan Persuratan Melayu pun ada untuk kau orang buat rujukan. Tapi je kat situ nanti keluarkan penerangannya. Aku sendiri pun guna bila tak pasti tentang penggunaan suatu perkataan dalam ayat.

Kena eja dahulu baharu letak nombor dalam kurungan. Contohnya empat (4) salinan.


Dieja jarak (di antara)

Pojek apa? Ni Jabatan PPH yang buat dan bila di copy paste untuk mesyuarat yang seterusnya, kesalahan yang sama berulang kembali.

Huruf 'n' nya mana?

Satu 'k' dah cukup.

Berapa kali mesyuarat daa...


Walaupun aku ni tak pandai sangat Matematik, yang ni dah terang-terang nampak salah kat pengiraan tu kan!

Ni dikeluarkan oleh Bahagian Integriti dan aku dah beritahu kepada Bos Integriti - bukan menjolok tapi mencolok


Nombor 10 dan ke atas tak perlu eja cukup sekadar nombor. Dah terbalik pula dengan yang tadi...nombor kurang daripada 10.


Kata nama am - tak perlu huruf besar.

Eja jarak lah woi!!!

Jarak sangat tu!

Hahaha...

Dah lah ayat salah, lepas tu salah eja pula tu! Dari masa ke masa @ dari semasa ke semasa. Jangan ikut suka nak tulis dari masa ke semasa. Korang belajar dari mana?

Leach bin tu kan perkataan BI, tulislah secara italic ataupun buat kurungan (   ).

Kesalahan yang sama lagi.

Di dalam - eja jarak
Diatas (X) = di atas / Sehubungan (X) = Sehubungan dengan itu,


Nampak tak? Pojek lagi!

Manglish - campur perkataan BM dan BI dalam laporan. Total amount tu bukan jumlah keseluruhan ke? Ada perkataan dalam BM kan gunalah dulu.

Sejak bila bola sepak dieja rapat?

Athelit? Atlet sudah.


********************************************************************
Jawatan kosong di DBP - kalaulah aku boleh memandu sendiri, rasanya dah lama aku minta kerja kat sini sebagai Penolong Perancang Bahasa.


Ni sebab nak cepat ke apa ni? Ni Kak Yam yang buat sebab ni cara YDP baharu. Telefon tak dibenarkan di dalam Mesyuarat JK Tender & Sebut Harga. Mesyuarat kita orang ni pertama kali telefon dan sebarang gajet (recoder, video dll) tidak dibenarkan pada 18.9.2020. Lepas tu disusuli dengan Mesyuarat JK Kewangan pula.

Ni aku ambil dari PRPM

Merbahaya tu tak wujud kot?







Ni Jabatan KHP yang buat carta organisasi Majlis

Sampai 2x?


Stor lah! Setor tu ejaan zaman dulu.

Bukan profil syarikat ke?

Manglish lagi. Kat atas tulis 'tarikh' tapi bulannya 'May'. Apa halnya ni? Ikur suka korang je kana buat laporan.

No comments: