Thursday 1 October 2020

BANCI PENDUDUK 2020 - BHGN. 1



Tak ada alasan untuk kakitangan awam nak mengelat macam ni...






Ni kat dalam lif di PM2



Kalau tak nak ada yang datang ketuk rumah korang, lebih baik isi sendiri



Aku bertugas di kaunter pendaftaran menggatikan Kak Yam sebab kita orang tak boleh hadir bersekali - kena ada orang jaga kaunter pendaftaran untuk kontraktor di opis.

Di kat dewan lain - ada 5 tempat yang menjalankannya secara serentak.

Berjaya daftar sebagai pembanci - itupun selepas kena paksa. Kat tempat kerja aku n kena paksa untuk jadi pembanci walhal kerja kita orang di UB dah tak terkejar. Dengan nak iklan dalam laman sesawang, jaga kaunter berhari-hari sepanjang iklan dibuka dan lepas tu kena siap sedia untuk mesyuarat pula. Dengan nak fotokopi laporan teknikal ikut berapa kerja yang ada, persiapan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat lagi. Tak cukup dengan itu, kita orang (aku & Kak Yam) bergilir-gilir buat minit mesyuarat.

Iklan pula tak berhenti-henti masuk sejak dah PKPB bulan Jun hari tu. Silih berganti dan kaunter UB kat Galeri tu dah macam opis kedua kita orang.

Banyaknya nak kena tandatangan Borang Pembanci ni












Ni fail aku





Nama bos aku sebab ada orang luar yang datang untuk dengar taklimat ni jadinya senang nak cari fail dia orang nanti kalau dah tahu siapa Penguasa Daerah
















 Dengar-dengar juga tapi sibuk dengan kaunter, lepas tu pergi minum jap masuk balik dan keluar balik jadinya adalah yang tertinggal kan! Tak apa Ketua kita orang, Syahirah kan ada! Agak-agak tak faham nanti tanya saja kat dia sebab dia dah lebih awal dengar taklimat.

No comments: