Sunday 4 October 2020

ABAH,MASAK?,MIANG KHAM,PELITUP MUKA,BLOG,SWAFOTO,PM2,CERPEN,MESY. TENDER,MAKANAN,SKTHO,AUDIT, CIKGU & RSku

15 September hari tu, genap  lapan (8) tahun Abah tinggalkan aku. Jadi dengan sedikit keberanian dan kekuatan dalaman yang ada, aku cuba buat puisi untuk Abah yang tercinta tapi ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya banjir di tengah perjalanan.

Sesungguhnya aku tak kuat bila mana memikirkan tentang Abah dan hari-hari terakhirnya tanpa aku (dan kia orang semua) sedari. Andainya ku tahu pastu aku akan cuba membalas jasa Abah dengan lebih baik lagi. Perginya tanpa pesan sama sekali (dok menulis di entri di pun dah mengalir air mata aku).

Al-fatihah (dibaca) buat Abah, Haji Mohd Noordin bin Haji Mohd Basheer.


Apa yang Abah suka buat. Kumpul keratan akhbar berkaitan Piala Thomas, Petua2 Orang Dulu, Tentang Tunku Abdul Rahman dll. Aku pun ikut jejak langkah Abah kalau korang pernah terbaca enteri-entri aku sebelum ni terutamanya pada tajuk Aktiviti Kemas Kotak. Yang kedua Abah suka berkebun dan kebun sekangkang kera ni kat luar blok rumah aku. Kalau dari tingkap bilik memang boleh nampak.

Rimbun serimbun rimbunya dan Abah rajin menjaga kebun tu, cantik je kan. Aku pun suka berkebun tapi tak reti nak berkebun. Sayang tak belajar dengan Abah dulu kan! Lepas Abah dah tak ada, tiada siapa yang nak jaga kebun kecil tu sampailah dah jadi semak dan akhirnya punah dan musnah.

Gambar hai terakhir Abah kerja yang aku paksa Abah ambil sebab tu muka tu tak ada senyum dan pada 2012 ialah raya terakhir kita orang bersama Abah. Gambar di rumah Arwah Mak Tok (Abah buat kerja kebun di rumah ni sebelum aku lahir lagi) dan yang tukang bawa van tu ialah Uncle Param. Kalau nak pergi jalan-jalan masa raya memang Uncle Paramlah yang jadi pemandu kita orang dan sampai ke Cameron Highlands dia bawa kita orang.

Abah dan Uncle Param kerja di tempat yang sama. Rupa-rupanya beberapa tahun lepas Abah meninggal dunia, Uncle Param pun pulang ke negeri abadi. Patutlah lama aku tak nampak.


30.9.2020 - Bila aku masuk dapur...hahaha. Ni memang luar biasa. Sebabnya aku teringin makan lobak putih (Abah  pun suka makan). Balik kerja aku masak walaupun terlebih letak kunyit dan ayam goreng yang digoreng dengan tepung yang aku beli kat Tesco. Sedap juga ayam goreng tu. Terima kasihlah kepada Adik aku yang membantu di apur walaupun setakat lauk mudah macam ni kan.

30.9.2020 - Beli miang kham ni dengan Kak Faizah BS - RM10 sebekas. Adalah 12-13 helai dauk sirih ke daun kaduk. Sedap juga bila dah dicampur-campur dengan pelbagai bahan yang dipotong kecil dan sos manis.

Ada bawang merah, udang kering, limau nipis, cili padi, kacang tanah dll.
Saja nak pakai ikut warna baju







Bila blog dah tukar versi baharu. Ada pro dan kontra nya bagi aku.

25.9.2020 - Mendung di pagi hari


18.9.2020 - Aku cuba nak buat nopen...novel pendek. Aku baharu bagi Adik baca sikit dia dah tergelak-gelak. Kadang idea datang kat mana-mana aku cuba simpan dalam telefon dulu dan kalau berkesempatan baharulah aku taip. Kebanyakan idea aku datang di tempat yang tidak disangka-sangka. Aku suka guna nama yang orang-orang yang wujud disekeliling aku.


18.9.2020 - Mesyuarat JK Tender & Sebut Harga







17.9.2020 - Kerja-kerja pembaikan wayar internet di Bilik UB Galeri dan kebetulan aku yang jaga kaunter pendaftaran.


Puisi untuk Abah


30.8.2020 - Adik yang beli sebab aku tak berapa minat dengan Dunkin Donut ni...huhuhu Aku lebih suka dengan Donut jenama Big Apple

22.5.2020 - Bila tiba-tiba ko kena baca 1000 mesej dalam gurp WhatsApp sekolah rendah. Entah apalah yang dia orang merepek dalam tu...

30.7.2020 - Cikgu Valusamy ucap Selamat Hari Raya Haji kat aku...Terima kasih cikgu. Ramai cikgu aku yang dah berpencen.

Kena kenas tingkat tujuh (7) lah pula sebab Jabatan PC nak ambil semula bilik tu. Ni kali pertama aku masuk sebab ni dijadikan tempat simpanan dokumen-dokumen tender dan sebut harga. Sudahlah masa ni aku dengan Kak Yam kena jaga kaunter kat Galeri, tiba-tiba kena kemas pula sebab dah tertangguh lama. Bila sampai staff PC tengah dok kemas-kemas kat situ. Ada dokumen yang perlukan keputusan TA sama ada nak dibuang atau disimpan termasuk dokumen kontrak.

Kawan Adik jual, Zafirah dan Adik belilah satu untuk sokong kawan meniaga kan!


Pegawai Tadbir KHP - boleh pula nama ayah dia sama dengan nama aku.Hahahaha!

Rumah mampu tengok sahaja tak mampu nak beli.... huaaaaaa :(

No comments: