DAH PENAT BERJALAN, KITA MAKAN PULA SEBAB MASA DATANG TADI AKU TAK MAKAN |
NUHA DAH KELETIHAN & KELAPARAN - MASA DATANG TADI DIA TAK MAKAN SANGAT BEKAL |
ADIK YANG SURUH SNAP |
SEMPAT LAGI BERGAMBAR SEMENTARA NAK TUNGGU GRAB |
DAH MACAM ORANG APA PENUH DENGAN BEG SEBAB ADIK AKU DUKUNG NUHA - DIA DAH TIDUR |
Lepas dah beli buku mestilah ada sesi bergambar untuk buku-buku yang dah dibeli.
ADIK PUNYA SEBAB DIA YANG BELIKAN UNTUK NUHA |
NUHA PUNYA - ADIK YANG BELIKAN |
NURUL PUNYA UNTUK HADIAH HARI GURU |
NUHA PUN NAK JUGA TAPI AKU TAK BAGI BELI |
UNTUK NUHA JUGA - RM1 SEBUAH |
NI BOOTH PERTAMA YANG KITA ORANG SINGGAH SEBAB JUAL BUKU SATU RM1 |
NI BUKU AKU SEBAB AKU ADA SEMUA SIRI CIK & ENCIK NI |
ADIK PUNYA |
LAGI ADIK PUNYA - NAK BAGI ORANG KATANYA |
WOW! IMA PUTERI AIR |
Aku memang terkejut gila bila ternampak tajuk buku ni sampaikan Adik aku pun pelik. Aku ni dah kenapa melongo tengok buku kat rak ni? Buku apa yang aku tengok? Inilah buku yang aku pernah baca di perpustakaan di SKTHO dahulu cumanya muka depan tu dah berganti wajah baharulah. Aku sanggup sorok buku ni di belakang rak buku dekat dengan tingkap supaya aku dapat baca buku ni setiap kali kita orang masuk perpustakaan.
Kalau simpan kat rak mesti susah nak jumpa balik bila datang di waktu lain. Sebab itu aku sorok jadinya dapatlah aku sambung baca. Dulu nak pinjam buku tak sesenang masa aku sekolah menengah. Dulu manual tak guna sistem berkomputer dan sistematik kan. Terus aku beli. Terima kasihlah kepada DBP sebab buat cetakan semula buku ini.
SUKA SANGAT DAPAT BELI BUKU NI |
LAGI ADIK PUNYA |
ADIK PUNYA KE NURUL PUNYA? LUPA PULA |
BUKU DI ATAS TU AKU PNYA DAN KAT BAWAH TU NURUL PUNYA - AKU BELANJA |
PENANDA BUKU - BANYAK TAK? |
Biasanya akan dapat seorang satu atau dua masa nak masuk ke PBAKL dan kita orang selagi boleh dapat memang akan cuba dapatkan. Lepas tu lalu kat tempat yang tak pernah lalu sebelum ni dan aku minta lebih.
Adik tu siap tanya berapa banyak akak nak?
Dia perli aku ke?
Aku jawab balik berapa banyak boleh bagi?
Semua pun boleh.
Aik!! Tak adalah nak semua nanti dia nak buat apa kat situ - memang dia kena bagi penanda buku tu kat orang ramai
Sudahnya dapatlah banyak macam dalam gambar tu. Adik aku pun dapat banyak juga sebab aku setiap buku kena ada penanda buku sebab tak suka lipat-lipat buku
AKU PUNYA - NI PUN JADI KOLEKSI AKU JUGA |
NI SAHAJA BUKU YANG AKU BELI - ANTARA TERSIKIT DALAM SEJARAH AKU KE PABKL |
No comments:
Post a Comment