Saturday 27 July 2019

MOMEN AKHIR DI BHGN INTEGRITI & BAJU ALUMNI MPR

17.7.2019
Momen terakhir di Bahagian Integriti sebelum aku tutup buku sepenuhnya dan selamanya sebagai bekas PT di bahagian tersebut dan bekerja di tingkat 15. Rasa sedih bila mana kau dicampakkan  sesuka hati di tempat lain walhal aku baharu sahaja ditukarkan ke situ pada September 2018. Julai 2019 kau orang buat surat suruh aku tukar ke Bahagian Ukur Bahan pula dengan alasan yang pelbagai. 

Ada pula yang cakap "Awak tak patut tanya soalan macam tu rasanya". Helo! Kalau tiba-tiba kau orang ditukarkan ke jabatan / bahagian lain sedangkan kau baharu sahaja ditukarkan akan menjadi bahan cerita orang lain. Orang akan cari tahu kenapa kau ditukarkan? Dia ada masalah ke? Keja dia tak okey ke? Dia ada buat hal ke?


Orang lain punya hal buat masalah, orang lain yang terpalit. Orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya. Tak mengapalah...tukar pun tukarlah. Saya yang menurut perintah...eh dah tukar saya yang menjalankan amanah. Cuma memang aku akan ingat kejadian ini untuk selamanya terutama bila mana aku pandang muka-muka yang berkenaan tu kan!

Adios!!























BEKAS PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) TAK AMBIL SURAT DIA DI TEMPAH BAHARU AKU

KERJA AKHIR AKU DI BAHAGIAN INTEGRITI YANG AKU TAK SEMPAT NAK SIAPKAN SEBAB MAK SURUH BAIK AWAL - TIADA TEMAN KAT RUMAH. 
Selalunya aku akan balik lambat sedikit dalam enam ke enam lebih (dulu masa tolong perjawatan selalu balik selepas Maghrib atau paling lambat pukul 8 malam - tak boleh balik lambat-lambat sangat sebab nanti yang yang datang kacau).

Bendanya dah siap buat dan gunting, tinggal nak tampal sahaja kat almari biar senang En.Rasul nak cari sebabnya aku yang kemas almari ini dan siap asingkan satu perkara satu tempat. Contohnya surat-surat peribadi dan sijil hadiri kursus aku letak satu tempat. Kalau sebelum aktiviti 5S ni memang bersepahlah. Kat sana ada, kat sini pun ada lepas tengok eh, kat situ pun adalah!

Harap apa yang aku buat ni akan kekal untuk tempoh yang lama dan memudahkan Syarah yang gantikan aku di Bahagian Integriti.



17.7.2019















 
17.7.2019 - DAH SAMPAI PUN BAJU ALUMNI MPR.

BELI SEBAB NAK BUAT KENANGAN SAHAJA BUKAN NAK PAKAI PUN!




No comments: