Monday 15 July 2019

MOOD REPUBLIK 2019 - 26.5.2019 (BHGN 1)

Lepas ke kubur arwah abah, aku dan Adik ke Mood Republik di MATIC - tak pernah sampai pun. Ramainya orang. AKu pula tak bawa tunais sebab tak sempat nak keluarkan kat ATM. Bila tanya kat kaunter pendaftaran, kat situ tiada ATM!!! Sudah! Macam mana nak shopping ni? Semua kena pakai online banking ke Boost ke yang mana kita orang tak ada!

Payahlah macam ni. Dulu masa kat rumah lama ATM dekat saja. Sebelum ke mana-mana memang boleh singgah kalau nak keluarkan duit daulu tapi kat rumah sekarang agak susah sikit. Tak ada ATM yang dekat. Jalan-jalan punya jalan tak tahu nak singgah kat reruai (booth) yang mana sebab susah nak cari baju yang plus size ni kan. 

Sekali tu singgalah kat satu reruai ni - peniaga dari Kelantan. Aku cuba jubah yang ada - muatlah pula dan warna ungu! Sebelum ni ada juga singgah kat reruai lain tapi bila pakai, cukup-cukup sahaja. Lepas tu berkenan pula sehali lagi dan bila nak bayar memang susahlah sebab tak ada tunai. Penat abang tu tolong dan pelbagai cara guna online ni tapi semua tak berjaya. Dia pun tak tahu nak tolong macam mana lagi. Aku ada sedikit tunai dan campur dengan duit yang ada kat Adik, kita orang guna dulu.

Nak tak nak kena juga cari ATM sebab kalau tak ada memang tak boleh nak membeli lah lepas ni. Punyalah jauh kita orang jalan dengan hujan yang renyai jadi lebat semata-mata nak cari ATM. Akhirnya jumpalah juga. Letih kot jalan jauh. Lepas dah keluarkan duit tu singgah solat jap kat bangunan yang sunyi sepi tu. Nasib baik berdua!

Lepas solat kena harung semula hujan untuk ke Mood Republik tu. Basah jugalah baju kita orang. Nasib badan....sekarang dah tak risau kalau nak membeli sebab dah ada tunai.










TUDUNG ANAQEEN

TUDUNG ANAQEEN


TUDUNG ANAQEEN

TUDUNG ANAQEEN - CANTIK

JUBAH





SEMPAT SAMBAR DUA HELAI JUBAH DI SINI


DAH BELI!













BAJU MELAYU UNTUK KUCING PUN ADA!!



TAK MACAM CINTA HAWA COUTRUE YANG AKU KENAL PUN








ADA RAJA AZURA & SH. SHAHIRA

No comments: