Thursday 2 August 2018

MESYUARAT KESUKE DAN KERUSI BAHARU - 26.7.2018

26.7.2018
Aku tumpang kereta Abang Ali sebab teringin nak makan nasi lemak di Warung Merdeka. Gambar-gambar kat bawah ni saja suka-suka ambil - gatal tangan.
 




 
Pagi ni ada Mesyuarat KESUKe kali ke-12 untuk pemilihan yang baharu. Kena cepat turun daftar sebab katanya yang perempuan kan dapat shawl dan lelaki dapat sapu tangan.



NI LAH SHAWL NYA...ADA LOGO MPAJ
MUNGKIN AKAN DIPAKAI OLEH SEMUA STAFF BILA ADA ACARA / MAJLIS YANG MEMERKUKAN KITA ORANG BERPAKAIAN SERAGAM. SELAUNYA PAKAI BAJU KORPORAT DAN BARU-BARU NI DISURUH PAKAI TUDUNG WARNA BIRU MUDA BILA ADA AUDIT LUAR

DAPAT DALAM KOTAK NI
 


ADA BORANG PEMILIHAN UNTUK SESI YANG BAHARU TAPI PENGERUSI MENANG TANPA BERTANDING BILA MANA DUA CALON YANG LAIN MENARIK DIRI, EN. ZAFRUL (KERJA HAKIKI YANG BANYAK) DAN PN. MARLINA (ANAK & IBU SAKIT) - TAKUT TAK DAPAT BAGI KOMITMEN
CC AJAK 'SELFIE' SEBELUM TURUN DAFTAR






KERUSI BAHARU
26.7.2018

Lepas selesai Mesyuarat KESUKE, petang tu kita orang dapat pula kerusi baharu. Sempatlah aku dan Kak Hawa merasa kerusi baharu ni.

MERAH HITAM TAPI MACAM PELIK....
KERUSI MERAH HITAM DAH BERPINDAH KE JABTAN SEBELAH

Rupa-rupanya, kerusi merah hitam tu untuk Jabatan Kejuruteraan dan hanya dapat sepuluh buah sahaja. Nasib kita orang baik sebab semua staff JPB dapat kerusi baharu! Tapi ada kategori kerusi pula, tak apalah asalkan dapat kerusi baharu.

Aku, CC, kak Hawa dan Kak Atika saja yang sibuk menolak kerusi-kerusi baharu ni kat dalam opis dan tolak kerusi yang salah ke jabatan sebelah. Yang lain....entahlah tapi bila dah nampak tu laju sahaja tarik kerusi kat 'partition' sebab takut tak dapat. Sudahnya salah kerusi!


Kerusi lama aku yang tak beroda dang menghakis  permaidani kat bawah sampai dah bertukar warna jadi pudar. Cuba tengok betul-betul, memang nampak pudarnya.


Disebabkan ruang yang terhad maka kerusi ni dilonggokkan di merata tempat - ruang dekat bilik Pn.Zu dan En, Kamarul sikit, lorong nak ke tempat aku sikit dan ruang letak makanan masa jamuan raya hari tu sikit sebab tak muat kan. Ada 33 buah kerusi termasuk tiga buah kerusi untuk pemandu. Ada setengah jabatan, pemandu memang tiada meja / kerusi di opis tapi kat sini ada!



WARNA KELABU HITAM PILIHAN PN.ZU
 



ADA ORANG TERTINGGAL TELEFON BIMBIT GARA-GARA DAPAT KERUSI BAHARU NI! NASIB BAIK AKU TERPERASAN MASA NAK AMBIL SURAT KHABAR. HAI, KAK HAWA!

 27.7.2018 - Saja nak bergambar dengan kerusi baharu







KERUSI DAH MULA DIEDARKAN SEMENTARA NAK TUNGGU AYU (BHGN PEROLEH AM - DIA JAGA BHGN ASET) UNTUK TAGGING KAT KERUSI TU
KERUSI LAMA...TAPI AKU BAGI TAHU KAT CC SEKIRANYA KAT JABATAN BAHARU NANTI KERUSI TAK OK, AKU NAK AMBIL KERUSI LAMA NI

31.7.2018 - Saja nak bergambar dengan kerusi baharu lagi






LAMBAKAN KERUSI DI BILIK MESYUARAT
 



Pn. Zu rasa gembira sebab banyak aktiviti JPB ada dalam Buletin MPAJ ni...







No comments: