Tuesday 24 April 2018

PROGRAM JOM BACA UNTUK 10 MINIT - 24.4.2018

Pagi-pagi datang opis tengok alas kaki aku dah hilang!. Mana pulak perginya sebab masa hari Sabtu aku datang opis elok je duduknya kat situ. 


Rupanya alas kaki tu dah berjalan kat sini. Mesti akak atau adik yang cuci pejabat ni alihkan dekat situ. Amboi, cantik duduknya depan pintu bilik mesyuarat ya!




Hari ni ada Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit yang dilakukan pada setiap tahun. Alah, 10 minit saja pun, tak lama kan! Wajib ambil gambar dan hantar kepada pengurusan tertinggi tau! Sebab nak tengok penyertaan daripada setiap jabatan.


 Budak praktikal, Naqiah yang tolong ambilkan gambar kita orang sebab semua orang nak nampakkan muka masing-masing dalam gambar. Nanti dikatanya tak terlibat kan!

Sesi pertama
KAK AWA DUDUK TEMPAT PN.ZU TU! :p
 

 Sesi kedua sebab tadi tak ada staff lelaki.



Aku bawa buku Tetamu Istimewa nukilan saudara Mohd Helmi Ahmad yang mana aku memang tengah baca buku tu kat rumah.

No comments: