Thursday 26 April 2018

HARI GAJI - APRIL 2018 (25& 26.4.2018)

  25.4.2018
Hari gaji datang lagi dan seperti biasa aku akan beli tat buah, tat coklat dan kek lapis keladi (yam layer cake) daripada akak yang selalu jual tu. kek keladi tu dah dua bulan dua tak bawak dan mak aku nak makan. Bulan lepas akak tu bagi tahu bulan ni baru dia buat balik kek tu. Nombor telefon pun dah ada sebab nak 'order' awal.

Belum susun barang orang (kakitangan MPAJ lah kan) dan menunggu untuk membeli dan mungkin ada yang nak ambil order mereka macam aku. kalu ni akak tu ada buat Vietnamese roll dan aku beli sebekas sebab nak cuba. Durian crepe aku beli tapi Angah yang kirim sebab aku tak makan sangat nanti jadi deko dalam peti ais tu nanti.

SEBEKAS RM10 SAHAJA
 

NASI ARAB PUN ADA DAN AKU BELI 2 BEKAS NAK BAGI MAK DENGAN ADIK RASA....
KAT GERAI NASI ARAB NI PUN PENUH SEBAB MURAH DAN SEDAP
Dulu aku ada belikan baju tidur untuk Nuha gambar Upin Ipin. Apa yang tak kena sampai dia tak nak pakai langsung baju tu dan aku pun dah tak belikan dia apa-apa baju lagi sebab takut nanti dia tak nak pakai kan! Cuma sejak dua bulan yang lepas baharulah dia nak pakai baju tu dan secara tak langsung dia suka kalau aku belikan dia baju baharu lah! Hahahaha...selalu aku belikan baju tidur tapi kali ni aku belikan dia gaun pula dan dia suka!

 



 26.4.2018
Pagi dah turun beli makanan (ada mato-mato sebab hanya dibenarkan untuk beli makanan pada waktu pagI walaupun gerai lain dah buka). Jadinya tengah hari tu aku tu aku turun lagi dan ternampak sarung tangan ni.

Aku cuba sarung yang sampel dan nampak okay. Harga sepasang RM5 dan memang aku nak beli sarung tangan untuk warna yang aku tak ada macam warna merah dan jingga. Nak tukar yang baharu untuk warna ungu dan hijau sebab dah koyak dan buruk (berbulu-bulu sebab basuh guna mesin).

Pilih punya pilih dia nak bagi 3 pasang RM12 tapi aku nak beli lagi dan dapatlah kurang sebab aku beli tujuh (7) pasang sarung tangan!


MELAYAN RANCANGAN MR. HOUSE HUSBAND
 

 
BELI KEK COKLAT - RM10
 


BELI LAGI NASI ARAB TAPI HARI NI AYAMNYA  WARNA MERAH SEMALAM JINGGA KAN

BELI TUSUNG ANAQEEN RM15 (KIRI) DAN AIDIJUMA RM13 DARIPADA ANAK KAK INA NORIZAN.
TOLONG SEBAB ADA MAK CIK CLEANER KAT POLITEKNIK DIA BELAJAR MINTA TOLONG JUALKAN.
 27.4.2018
ADA 'CLEARANCE STOCK' DEKAT DIY PADAHAL SEBAB UTAMA KE SANA NAK CARI BATERI. TENGOK ADA PEMADAM PEN JADI AKU BELI SEBAB SENANG NAK GUNA. KLIP KERTAS TU SAJA AKU BELU SEBAB AKU MEMANG SUKA BELI BARANG-BARANG ALAT TULIS NI.
Stok pen dakwat basah aku aku gunakan seharian dan cukup sampai tahun depan, silap-silap cukup sampai tahun 2020! Ada seplastik dalam laci meja kat opis ni. Sebabnya kat DIY ni kalau dah habis stok memang lambat nak tunggu stok baharu sampai dan jenis yang jarang turun ke Giant (DIY dalam Giant tu). Bukan nak beli apa pun! Baik dok dalam opis layan Korea!

Aku dah cuba tapi kena padam lama-lama bari nampak pudar dakwat pen tu. PUDAR tau bukan hilang! Jadinya buat pemadam pensel sahajalah nanti. Jenuh aku nak padan satu perkataan tu lama-lama.
 

No comments: