Tuesday 6 February 2018

KEMAS BARANG & NUHA DI MPAJ - 5.2.2018

Mulanya aku saja cari lagu zumba yang best (gara-gara program zumba kita orang tahun lepas tu) dan terjumpalah lagu ni. Tengok video dia pun sangat best pada aku lah dan minta adik aku tolong muat turun lagu ni. Zumba Campaign Video by Don Omar walaupun tergeliat lidah nak sebut.

LAGU ZUMBA OLEH DON OMAR
Kemas lagi sikit-sikit mana yang patut dan hari ni aku nak tinggalkan buku panduan Kebenaran Merancang (KM) yang aku buat semasa aku mula-mula terlibat dengan KM ni. Aku dah susun semula elok-elok siap dengan tagging (sebelum ni ada yang tak tagging). Hasratnya nanti akan diturunkan kepada Kak Zeti yang mengambil alih kerja-kerja KM Hulu Kelang yang pernah dijaga oleh Kak Bed dulu (dari September - awal Disember 2017).





Petang tu Abang Ali, Angah dan Nuha datang ambil aku, dapatlah snap gambar dia.











No comments: