Tuesday 13 February 2018

HARI TANPA KENDERAAN (11.2.2018) & SAMBUTAN ULANG TAHUN DI JPB (12.2.2018)

Hari Tanpa Kenderaan yang diadakan pada minggu kedua setiap Ahad pada setiap bulan. Niat asal memang nak pergi sebab ada mini zoo tapi bila sampai harinya...semua yang beriya-iya nak pergi tu tersadai kat rumah. 

Hahaha dan seperti biasa penyertaan dari JPB amat sedikit dan boleh dikatakan tiada langsung. Tapi mula tahun ni macam ada peningkatan sedikit memandangkan CC aku memang rajin menyertai aktiviti dan seorang dua yang lain yang baharu ditukarkan di jabatan ini. Kira penyelamatlah.







Malam Sabtu tu diadakan ceramah dan nama aku naik. Kak Zeti dengan berbesar hati nak menggantikan tempat aku. Sebab pertama, dia tahu kalau aku nak datang kena naik Grab dan keduanya, suaminya kena bertugas pada malam tu. Aku juga dengan berbesar hati bersetuju sebab majlis bermula dari pukul 9-11 malam. Tak kan aku nak balik seorang diri lepas tu kan. Bahaya kot!

Kalau tak aku pergi dengan Kak Kamariah sahaja memandangkan nama dia pun ada sekali. Selalunya memang macam tu, kita orang akan pergi berdua dan dia akan tolong ambil dan hantarkan aku balik rumah.


GAMBAR YANG KAK ZETI AMBIL SEBAGAI BUKTI KEHADIRAN DI GRUP WHATSAPP JPB
Pagi Ahad tu....

CC BERGAMBAR DENGAN ANAK EN. KAMARUL, AISYAH






Aku terkejut dan yang lain-lain pun terkejut. Bila aku datang kerja hari Sabtu (10.2.2018) memanglah aku ada tengok vied yang CC buat sempena ulang tahun kelahiran Pn. Zu. Masa tu ada Kak Atikah dan Kak Zeti sekali an aku ingatkan nak buat kejutan dengan video tu sahaja.

Rupanya pagi Isnin tu aku tengok dah ada belon dalam Bilik Mesyuarat Bakawali (setiap bilik mesyuarat ada nama bunga di MPAJ) dan lepas tu ada kad yang tergantung tulis 'Happy Birthday'. Wow, memang kejutan sungguh ni!

Dan lepas tu tak sangka ada kek dari Secret Recipe pula dan kemudian datang satu persatu makanan seperti popia goreng bersira, wade kacang dal Kak Hawa, Puding Horlick dari Kak Hawa juga. Kemudian datang pula Nasi Air Dingin, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk dari Kelantan tu. Eh, tak lama lepas tu datang pula bihun goreng dari kafe!

Memang aku tak tahu sungguh cuma sayangnya tak ada air. Sebab tak tahu kan! kalau tidak boleh juga aku masak air dan yang lain buatkan air. Lepas tu datang pula pulut kuning air tangan Kak Hawa. Banyak sungguh Kak Hawa buat ni dan dia kata dia bangun pukul tiga pagi untuk siapkan semua makanan yang dia bawa hari ini.

Rupanya ni untuk sambutan untuk mereka yang lahir pada bulan Januari (Jannies) & Februari (Febbies) juga. Rancangan surprise ni antara CC, Kak Atikah dan Kak Hawa.
NI KEK MASA SAMBUTAN ULANG TAHUN 2014
CANTIK KAN!

NASIB NAIK AKU PUN PAKAI BAJU WARNA BIRU JUGA WALAUPUN BUKAN BAJU KORPORAT







AJAKAN DARI KAK ATIKAH DAN CC UNTUK MENGAMBIL GAMBAR BERSAMA BELON-BELON INI SEBELUM IANYA MENGEMPIS





MAKA NASI BERLAUK YANG MANIS NI SAMBIL LAYAN DRAMA KOREA, MY GOLDEN LIFE



Esoknya pagi-pagi (tap pagi sangat pun, dalam 7.30 pagi) lagi sampai sahaja opis terus masuk bilik bos untuk bergambar. Masa tu tak ada orang lagi. Terkejut juga sebab belon-belon yang lain dah menunduk dan rebah kecuali belon putih yang tulis 'Happy Birthday'. Ambil lah juga buat kenangan sebab kali terakhir buat sambutan ulang tahun di JPB pada tahun 2014 (kalau tak silap lah!)






No comments: