Wednesday 16 November 2016

UBAH SUAI BILIK AIR & BILIK

Mak aku nak ubah suai bilik air dan lepas ni akan hilanglah hasil keja arwah abah sebab sistem paip tu akan dibuat dalam bentuk lain. Sejujurnya kalau boleh aku nak kekalkan apa yang arwah abah aku buat. Biar tak cantik, biar berliku-liku tapi itulah air tangan yang akan menjadi kenangan untuk kita orang. Bila semua tak sepakat dan hanya aku yang nak pertahankan memang tidak berjaya lah kan. 

Kita orang empat beradik perempuan dan tiada yang ikut jejak langkah abah dalam bidang ni dan akhirnya kepakaran yang abah ada hilang begitu sahaja. Abah juga pandai bertukang dan berkebun. Apa yang ditanam Insyallah akan menjadi bak kat orang 'sejuk tangan'. Aku minat berkebun tapi tak pandai dan tak ada ilmu berkebun.

Jadi inilah kenangan yang aku abadikan di blog ni untuk kenangan aku.  :(




Hampir siap







TENGOKLAH KEADAAN RUMAH




NI TANDAS ZAMAN BATU KE?

Yang ni pula dalam bilik dan betul-betul di belakang almari pakaian aku. Habis semuanya aku kena punggah dan letak kat tempat lain dalam masa sebulan dua ni sebab abang ipar aku nak siapkan bilik air tu dulu. Dah macam pelarian berlonggok-longgok barang aku kat bilik-bilik yang lain walaupun dan dilonggok setempat tapi tetap semak mata aku melihatnya. Jiran atas guna a-ir cond dan tiada saliran khusus untuknya menyebabkan kat siling bilik bocor dan lembap dan semestinya berbau (sentiasa guna penyegar)


No comments: