Thursday 10 November 2016

SEHARI DI MELAKA - 29.10.2016

Abag ipar aku aja kita orang pergi Melaka sebab nak 'survey' hotel yang kita orang dah tempah. Cari punya cari, memang jumpa hotel tu tapi dia agak tersorok sedikit dan agak sukar untuk jalan-jalan cari makan memandangkan yang ada dekat sekitar situ hanya sebuah kedai mamak yang macam hidup segan mati tak mahu dan kedai-kedai makan orang Cina. Tambahan pula, untuk keluar ke pusat bandar perlu menempuh laluan yang sangat sesak dan hari tu kita orang kena harungi kesesakan jalan raya hampir satu jam.

Lepas dari 'survey' tu kita orang tukar ke hotel yang lain...insyallah.

DALAM MENGHARUNGI KESESAKAN TU SEMPAT SNAP BANGUNAN LAMA DI TEPI JALAN




MACAM DI TRAFALGAR SQUARE PULAK!!!




MENUNGGU CENDOL DURIAN YANG TERKENAL TU







 
 
OLE-OLE UNTUK AKU DAN ADIK...WARNA KEGEMARAN MASING-MASING
BAJU LENGAN PANJANG UNTUK DIRI SENDIRI....

No comments: