Friday 28 August 2015

JAMUAN PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL

Pada hari ni jabatan kita orang mengadakan jamuan kepada 2 orang pelajar praktikal iaitu Ammar dan Sya serta untuk seorang pegawai En. Azli yang tamat perkhidmatannya. Jujur memang kita orang sangat-sangat terasa akan kehilangan En. Azli terutamanya kepada PT yang bertugas di kaunter. En. Azli merupakan seorang pegawai yang senang berurusan dan tak banyak songeh. 

Kalau ada orang luar yang biasanya disebut public datang nak jumpa pegawai berkenaan dan orang tu pulak tak ada kat opis (sama ada mesyuarat/kursus/cuti/MC/EL/ HEK), kita orang terus akan minta tolong pada En. Azli.

Senang cerita sebab ada yang datang tu sekadar nak tanya prosedur dan soalan bahagian teknikal yang dah tentunya kerani2 ni tak boleh nak jawab. (bukan ada ambik kursus perancangan bandar kan!)

Tapi nak buat macam mana bila ada yang lebih hebat kan. Beliau dah berkhidmat lama di sini TETAPI secara kontrak. Alhamdulillah aku dah kerja 5 tahun dan 2015 merupakan rezeki aku bila berjaya dapatkan jawatan tetap untuk kerani bersama-sama dengan seorang lagi kawan aku (sama-sama masuk kerja pada 2010). Kasihan juga sebab dah temuduga banyak kali tapi tak juga memihak pada beliau. Aku harap semoga En.Azli akan berjaya di luar sana dan mungkin ada peluang dan rezeki yang lebih baik sedang menanti En. Azli di luar tu.  

All the best En.AZLI!!!

 Jamuan ni portluck dari staff di sini tapi ada juga yang datang dengan tangan kosong...macam biasalah bukan semua nak bagi kerjasama.

Kuih cucur badak/ kuih kertas & kuih lapis dari Kak Malisa

Pau ni aku yang bawak tapi bukan buat sendiri .... :P
Roti jala & kuah durian
Tat Strawberi / Blueberrry yang sentiasa mendapat sambutan hangat...
Kek belang dari TA Wn Syarianti
Karipap ni Kak Nurul yang bawa

Tat nenas raya ke ni!

Pulut kuning dari Kak Hawa

Rendang juga dari Kak Hawa
Cucur ni dari siapa...tak ingat dah...

Big boss & 2nd boss
Cenderamata khas dari big boss
Ammar

Sya

Bila tengah makan dah tak pandang kiri kanan dah....
Kenangan terakhir bersama En. Azli ...budak praktikal tu biasalah datang dan pergi silih berganti.

No comments: