Sunday 30 August 2015

HAIRUL WEDS NURUL - 2015





Majlis sebelah pihak perempuan di Gombak


Majlis sebelah pihak lelaki pada 22 Ogos yang lalu di Dewan Acacia, Seremban. Dan yang PALING tak best ialah.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Aku tak dapat pergi majlis kahwin member baik aku!!! Apa daya hajat dihati tak kesampaian untuk makan nasi minyak Cek Hairul dan Nurul. Kita orang pernah berjanji...isshhh bukan berjanji sehidup sematilah....kita orang (aku, Hairul dan Dayah) yang mana kita kenal semasa kerja di SWW dulu. Dari situ ukhuwah terus berpanjangan walaupun masing-masing jarang berkomunikasi apatahlagi nak berjumpa kan! 

Janji yang masih aku ingat lagi ialah, siapa di antara kami bertiga yang kahwin dulu kena belanja yang lain. Seperti biasa memang akan ada tagline 'Ladies First' oleh Cek Hairul kita ni tapi kami berdua (aku & Dayah) mati-mati kata Cek Hairul yang akan kahwin dulu. Nah, kan dah terbukti cakap kita orang! Bak kata orang dulu-dulu...masin mulut....hahahahaha

Cuma aku rasa yang lagi dua orang ni sure dah tak ingat apa yang kita orang pernah janjikan dulu.....so kalau Cek Hairul terbaca entri ini...sila-silalah buat open table yer!!!!

Apa-apa pun aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BAHARU....MOGA KEKAL DAN BAHAGIA HINGGA KE JANNAH buat HAIRUL IZWAN & NURUL FARIZAN.....Amin....

 Sumber: Dari FB kawan-kawan Cek Hairul....

No comments: