Wednesday 8 July 2015

IFTAR DI KDE

Jabatan kita orang dapat jemputan untuk berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan (KDE) Dalam perjalanan ke sana ada pula orang menghulurkan sesuatu pada kereta yang lau di situ. Kebetulan pulak masa aku dengan Kak Bed tengah berhenti di lampu isyarat ada yang datang singgah so dapatlah sebungkus plastik.

Ni rupanya...dari Jamu Mak Dara dan ada Fizz Fairuz..ada yang jumpa Eida Moin kat sana


Aku, Kak Bed dengan anak dia merupakan orang yang terawal sampai di  KDE. Kita orang gerak awal dari ofis sebab tak nak tersangkut dalam jammed macam tahun lepas. Udahnya kali ni jalan tak jammed langsung dan cepatlah sampai.

Heeee.....


Ada lauk ketam masak lemak, udang masak macam paprik, tahu lembut, rendang ayam, kerabu perut dan salad bihun... Ada macam2 lagi kerabu, salad dan lauk-pauk tapi aku ambik yang ni jer...
Air oren....tapi lauk dia kureng lah...tak berapa sedap Boleh tak cakap tak sedap? Betul, tahun lepas lagi oeky rasanya berbanding yang ni. 



Lepas makan nasi kita orang pergi solat dulu. Ni lagi satu yang kurang sebab tempat solat dia tak ada tempat untuk ambil wuduk. Kalau nak kita orang kena ambil wuduk kat tandas lepas baru ke surau dengan pakai terompahnya lagi dan kena pulak lalu kat ruang makan dia orang. Nasib tak baik kalau tergelincir ke jatuh ke tak ke malu depan orang ramai.

Kalau tahun lepas tempat dia agak jauh dan tersorok tapi tempat wuduk dengan tempat solatnya dekat. Lepas solat kita orang sambung round ke-2. Aku dengan K. Ina Norizan jalan-jalan cari makan. Aku tengok bahagian buah-buahan dan kuih-muih banyak yang dah licin. Nasib baik aku bukan penggemar kuih-muih dengan buah.

Kali ni aku ambil sikit makaroni dan ABC serta rasa air teh tarik. Anak K.Ina ambil kambing dan hotdog...lepas makan aku balik dulu sebab tumpang CC. K. Ina dengan  K. Bed still makan lagi. Ok...sekian dulu yer.

No comments: