Saturday 11 July 2015

HARI GAJI - JULAI 2015

Bulan ni dapat gaji awal sebab nak raya. Dan seperti biasa ada gerai jualan yang dibuka di luar aras tingkat 4. Tak yang menarik sangat tapi adalah benda yang aku beli.

Beli minyak wangi Marry Me! by Lanvin. Bau dia best.
 Rempeyek di gerai jualan dan Muruku Udang tu dari jab. lain

 Kain batik untuk buat kain basahan sebab yang lama tu memang nampak dan lama lah... :P

 Ni sehari selepas gaji ada promosi susu F&N di luar lobi dan memang ramailah yang berpusu-pusu datang beli. Setiap barang yang dibeli dapat cabutan bertuah. Macam rancangan Roda Impian dulu tu, kita pusing!!

4 tin susu dengan bekasnya sekali RM10.
Cabutan bertuah untuk aku memanglah tak bertuah sebab sekadar dapat buku resipi. Kak Malisa dapat voucher KFC bernilai RM5 dan akak-akak yang lain banyak yang dapat mug.

No comments: