Tuesday, 26 August 2014

TOO MUCH STUFF

 
Sebenarnya aku dalam proses untuk mengemaskini segala barangan yang aku ada (baju, t-shirt, tudung, baju kurung, stokin, dll) yang semakin lama semakin menyesakkan mata aku. Dah tak ada ruang untuk benda-benda baharu kalau benda lama masih tersadai di dalam almari aku. 

Bila nak dibuang sayang dan kerana sayang itulah barang aku makin bertambah.Jadi aku pun cari Cik Goo untuk mencari solusi masalah aku ni. Cari punya cari jumpalah beberapa laman sesawang yang dapat memberikan aku sedikit sebanyak keyakinan untuk membuang, menderma atau sebagainya barang-barang yang aku ada ni.

Kena ada tekad untuk buang walaupun benda yang kita sayang TAPI tak digunakan. Kadang-kadang orang bagi hadiah tapi kita tak pakai dan sebagai tanda menghargai pemberian tu kita pun simpan dan terus simpan (bukan basuh dan terus basuh macam iklam Lifebuoy tau!!)

So kena semangat lah dalma proses nak membuang tu. Dari simpan bertahun-tahun kita tak pakaibaik bagi pada orang yang memerlukan. Dia orang gembira dan kita pun senang hati sebab dapat bersihkan ruang yang penuh tu. 

P/s: Moga berjaya!!(Ucapan untuk diri sendiri!!!)

No comments: