Motor yang dah banyak berjasa kepada aku. Menghantar aku pergi dan pulang dari kerja setiap hari selama bertahun-tahun. Motor ni dah pun dijual ditambah pula, selalu sangat rosak dan memerlukan baikpulih dengan kos yang agak tinggi.
Motor rosak di tempat kerja
Topi keledar arwah abah dan telah dicuri oleh penagih dadah yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan aku. Kebetulan Abang Ali terlupa nak bawa naik ke rumah (tinggalkan dekat motor). Nasib baik aku ada ambil gambar sebagai tanda kenangan.
Peralatan yang selalu arwah abah gunakan semasa membuat kerja-kerja paip. Ada yang mak bagi abang ipar aku dan ada yang dibagi pada orang lain rasanya. Aku sayang benda-benda ni walaupun aku tak gunakan. Kalau boleh semua barangan abah aku nak simpan.
Batu ni abah dapat masa kerja di rumah arwah Mak Tok tapi disimpan sampai sekarang.
ABAH DAPAT ANUGERAH CEMERLANG SEBELUM BERSARA (BERSARA 2011) YANG DIADAKAN PADA TAHUN 2012. |
KASUT YANG ABAH PAKAI PADA WAKTU-WAKTU TERAKHIR KETIKA KITA ORANG PERGI JALAN-JALAN |
KOTAK ROKOK.... |
MASA NAK HANTAR AKU PERGI KERJA DI JUSCO MALURI PADA 15.7.2011 |
No comments:
Post a Comment