Hari ini bersamaan 28 Syawal 1435H genaplah 2 tahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pergi tanpa pesan dan hanya tinggal nisan. Tiada lagi gurau senda, tiada lagi orang yang hantar aku ke tempat kerja dan jemput aku balik kerja, tiada lagi orang yang hantar aku ke mana-mana yang aku nak pergi dan yang penting perginya seorang wali untuk aku. Pergi tak kembali. Hanya doa yang dapat aku kirimkan untuk abah di alam sana. Semoga abah senantiasa dibawah lindungan-Nya dan mendapat syafaat semasa Hari Perhitungan nanti...amin
No comments:
Post a Comment