Sunday 1 September 2013

SELAMATKAN NEGARA ISLAM



Sebagai orang Islam yang punyai hati nurani, pastinya perasaan sebak dan sedih datang bertandang acapkali dipertontonkan dengan pelbagai video yang dimuat naik berkisahkan peperangan dan rampasan kuasa yang sedang berlaku di Asia Barat terutamanya Mesir dan Syria. Dah dapat pemimpin yang bagus hendak digulingkan sedangkan 30 tahun di bawah pemerintah diktator Hosni Mubarak, boleh pula semuanya menikus sebelum mereka gulingkan kerajaan diktator tu. Kena penjara dan sekarang nak dibebaskan sedangan Mursi kini dipenjarakan di sebuah lokasi rahsia. Apa ni?

Yang terbaharu serangan senjata kimia terhadap penduduk Syria yang mengakibatkan beribu kanak-kanak, wanita dan yang lainnya syahid. Subhanallah. Tak sanggup aku tengok apatalah lagi ada video yang merakamkan saat-saat akhir beberapa orang kanak-kanak sebelum nyawa mereka diambil sebegitu rupa. Laknatullah sedang bermaharajalela dan mendapat sokongan dari negara sekitarnya sendiri seperti Jordan. 

Macam mana kita nak bersatu menentang doa orang sedangkan negara sesama Islam sendiri menyokong mereka? (laknatullah itulah!) Apa yang termampu kita di sini hulurkan hanyalah bantuan dan doa. Doa merupakan senjata utama umat Islam walau di mana kita berada. Selamatkan lah umat Islam yang sedang ditindas. 

"Ya Allah, hanya pada-Mu tempat kami memohon perlindungan. Hanya pada-Mu jualah tempat kami berdoa memohon pertolongan. Selamatkan lah mereka yang sedang ditindas, Ya Allah. Selamatkan penduduk Mesir, Syria, Palestin, Rohingya dan seluruh umat Islam di dunia ini. Turunkanlah musibah kepada orang-orang yang menindas umat Muhammad s.a.w. Berikan balasan yang setimpal terhadap perbuatan kutuk dan keji mereka. Dengarilah doa-doa kami ini Ya Allah. Amin, ya rabbal alamin."

No comments: