Friday 13 September 2013

JAMUAN RAYA MAJLIS 2013

Ada pula Transformer, Iron Man dan Naruto. Satu kelainan yang cuba ditonjolkan oelh jabatan mana aku tak tahu...
Ni bergambar selepas menu kita orang habis...lemang dan rendang
Jelaskan...staff perempuan lagi ramai dari lelaki. Semua 'hilang'
Yang duduk di sebelah aku tu ialah Pn.Zuraina, pemangku pengarah jabatan kita orang sekarang.
Di depan gerai kita orang

Hasrat di hati memang nak letak gambar ni awal-awal lagi ta[i bila nak up-load gambar jer dia hang...setakat satu dua gambar oeky lagi. Ni berpuluh-puluh gambar asyik macam tu saja, memalaskan aku nak buat entri kat sini. Gambar banyak tapi ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Ada banyak lagi cerita-cerita menarik disamping gambar-gambar kenangan yang sempat aku abadikan dalam kamera dan telefon bimbit ku ini. Hanya menanti untuk dientrikan di blog yang tak seberapa ini sahaja. 

Selalunya aku memang akan kemas kini blog dan  laman muka buku (FB) aku di pejabat. Aku memang selalu pulang balik lambat jadi masa yang ada tu aku gunakan untuk buat benda-benda ni. Ada masa aku taip mss aku dan juga kalau keadaan mendesak, buat kerja opis yang tiba-tiba mencurah-curah bagai air terjun. Lepas satu...satu  yang datang. Ada masa tu sampai aku tak ada kerja hingga tahap bosan sudah menggunung. masa itulah aku akan buat 'kerja sendiri' iaitu menaip mss aku yang ketiga dan sebelum itu mengedit semula mss kedua aku iaitu JBK.

Dan sekarang aku nak cuba tulis cerita kanak-kanak untuk sebuah syarikat baharu iaitu EMP dan nak tulis cerpen untuk majalah kesayangan aku.



No comments: