Monday 8 July 2013

KENANGAN ZAMAN SEKOLAH: GURU KU

Gambar ni aku dapat di FB salah seorang rakan sekelas masa sekolah rendah dulu. SK Tun Hussien Onn, Kg.Pandan. Macam mana dia ada gambar ni pun aku tak tahu tapi aku ambil jugak sebab ada gambar 3 orang guru yang pernah mengajar aku.

1. Cikgu MUHAMMAD SAFRI BIN ISHAK yang tinggi lampai berbaju putih dan jean biru. Beliau merupakan guru yang popular si sekolah kerana ketampanan dan gayanya yang smart terutama kalau hari Jumaat tu siapa berbaju Melayu lengkap samping dan songkok macam orang nak pi menikah jer. 

Walau bagaimanapun, biasalah di mana-mana pun ada sesetengah cikgu yang mempunyai favourite student dia dan aku salah seorang yang berkecuali. Cuma masa aku keje di Smart Wonder World (SWW) dulu, kali pertama aku berjumpa beliau setelah sekian lamanya dia masih kenal aku dan my sister kerana kami berdua pernah menjadi anak muridnya. Terakhir aku tahu beliau sekarang bekerja di Jab.Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP)

2. Cikgu PUDIN BIN MORNI  yang di depan sekali berbaju putih dan berseluar kelabu (rasanya) yang baru habis belajar dan mengajar di sekolah kami. Cikgu yang berasai dari Sri Aman, Srawak. Namanya yang unik membuatkan aku masih ingat lagi nama cikgu ini. Sekarang tak tahu berada di mana?

2. Sir ADZLAN BIN BAHARUDDIN yang berbaju biru dan bertopi merah. Mengajar Bahasa Inggeris dari aku darjah 4-6 dan pernah menangguhkan impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi untuk mengajar kita orang sehingga selesai UPSR. Sir Adzlan pernah keluar di akhbar bersama Malek Noor (masa tu aktif lagi dlm sukan bina badan) yang mana mereka berdua berdua berkongsikan kisah lelaki yang sudah melewati 30-an dan masih belum berkahwin. Memang suka waktu tu sebab gambar cikgu 'kita' keluar paper kan.

Yang lagi dua tu aku tak kenal sebab tak pernah mengajar aku...hehehehe...namun yang pasti di mana mereka sekarang ini?

1 comment:

Piza said...

Semalam sy jmp Cikgu safri di pantai hospital ampang. ALLAH JE yg tahu berapa teruja nya saya masa tu... tp Allah juga yg tahu berapa terkunci nya mulut sy utk menegur dia..yang pasti dia pernah mengajar saya.. tq cikgu..selamat hari guru