Thursday 4 July 2013

MAKAN GAJI


Sesi luahan perasaan…

Kadang-kala tak faham dengan pemikiran sesetengah orang ni yang suka melabelkan orang. Label yang macam mana? Contohnya orang yang bekerja makan gaji dengan yang berkerja sendiri. Ada yang kata “Tak apalah korang dapat gaji tetap setiap bulan tak macam kita orang ni. Ada kerja ada gaji, tak tentu tiap bulan.”

Sebenarnya orang makan gaji pun sesak juga hidupnya sebab gaji banyak itu sahajalah yang akan digunakan sepanjang bulan sebelum dapat yang di bulan akan datang. Cukup ke tak pandai-pandailah nak hidup tambahan pula di kotaraya Kuala Lumpur yang serba-serbinya berbayar. (Nak masuk tandas pun kena bayar kan!)

Pendekatan yang aku ambil berdasarkan pengalaman aku sendiri. Yup, walaupun bujang tapi gaya hidup macam orang dah kahwin pun ada juga aku rasa. Esok gaji, hari ni dah senaraikan duit tu nak bagi kepada siapa dan untuk apa. Bak kata akak jabatan sebelah masa kita orang dalam lif: “Duit tu semua dah ada pemiliknya kita cuma pemegang amanah saja.”

Mula-mula settle untuk mak dan abah. Ya, walau pun abah dah tak ada tapi sebolehnya aku tak nak putuskan sedikit duit belanja yang aku bagi saban bulan tu. (Tengok air mata aku dah merembes kelaur semasa ayat ini aku taip.) Serius, sebut pasal abah memang aku kalah dengan kesedihan yang datang bertandang) Tak lama lagi nak puasa kan dan pertama kali dalam hidup aku, abah tiada bersama. Setiap petang abah ambil aku balik kerja dan kita orang singgah ke bazaar Ramadhan. 

Kadang-kadang kita orang jalan bersama. Abah suka makan kue teow goreng. Abah seorang penunggu setia untuk anaknya yang sorang ini. Maaflah aku terkeluar dari tajuk sekejap. Ayat-ayat inilah yang aku ingin kongsikan dengan para pembaca selama berbulan-bulan lamanya tapi tidak kesampaian kerana aku tidak punya kekuatan untuk menaipnya. Ini hanyalah cebisan kecil daripada sebuah lembaran yang sangat besar untuk aku cerita tentang abah. My Abah!

Secara tidak langsung, dengan ketiadaan abah menyukarkan hidup kami semua kerana tonggak dan tiang utama rumah kami sudah rebah. Dahulu aku tak tahu betapa susahnya abah untuk mencari nafkah buat isteri dan anak-anaknya. Kita tahu pandai minta jer kan! “Abah, nak duit nak pergi Pesta Buku!”

“Abah, nak duit cikgu suruh beli buku latihan.” Abah, nak itu nak ini sedangkan abah sendiri tak cukup duit.
Sekarang segala perbelanjaan dalam rumah akan dikongsi beberapa orang. Hampir semuanya perlu dikongsi dari bayar bil air, elektrik, Astro, penyelenggaraan, telefon bla..bla..bla..repair barang rosak mesin basuh, peti ais dan bla..bla..bla… Walau pun aku bagi tak banyak tapi TETAP kena share. Memang terasa peritnya. Itu belum lagi duit minyak motor yang selama ini aku tak kisahkan pun.  Aku tahu naik motor, abah hantar dan abah ambil.

Dengan tukar spare part, tukar minyak hitam, minyak biasa, insurans, road tax nya semuanya. So, dia orang ingat yang bergaji tetap seperti kerani macam aku ada lebihan sumber kewangan agaknya. Settlekan benda-benda yang aku ceritakan berjela-jela kat atas sahaja dah ¾ daripada gaji tetap aku. 

Yang tinggal hanyalah saki-baki. Itu belum lagi berlaku kecemasan seperti demam, sakit kaki sampai kena berurut dsb. Kalau orang lain setiap bulan tempah baju baharu, aku tak. Biasanya dekat-dekat nak raya baharu aku antar lebih sikit. Ada kain adalah aku hantar, kalau tak pakailah apa yang ada. Itupun aku rasa baju kurung aku banyak yang dah kecil. Maklumlah badan semakin ‘happy’ mengembang huhuhu….

Jadi JANGAN FIKIR  orang yang makan gaji hidupnya mewah KERANA bergaji tetap. Kita orang pun ‘SESAK’ juga! 



No comments: