Thursday 4 April 2013

USTAZ DON

Salam,

Pagi semalam ada Program Refresh Minda di ofis. Bila dapat tahu nama penceramahnya berduyun-duyunlah staff lain nak dengar (termasuk aku sekali!) walaupun nama tak ada dalam senarai. Bukan apa dah peluang mestilah semua orang nak turun jugak dengar ceramah tu. 

Tambahan pula big boss dah bagi kebenaran sesiapa yang tak ada kerja tu boleh turun kalau nak dengar. Oleh sebab itu, kita orang yang senantiasa ada kerja ni tiba-tiba pulak jadi tak ada kerja jadi apa lagi. 8.25 pagi kita orang dah tunggu nak rebut tempat duduk.Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai pukul 9 pagi tak jugak sampai-sampai. Perut dah berbunyi sempat tak sempat sarapan. Aku dengan Kak Faizah gi kantin tapau kuih dengan teh ais.(Dah batuk minum lagi ais...memang orang yang tak serik aku ni!)

Tunggu punya tunggu punya tunggu lagi tak sampai jugak walhal jam dah 9 lebih dan kita orang dan info dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Sudahnya pukul 10 pagi baharu dia sampai dan terus ceramahnya yang bertajuk "INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH"

Memang menghiburkan dan tak mengantuk kerana diselang-selikan dengan unsur lawak dan penerangan yang jelas dengan contoh-contoh dari kisah Nabi sendiri. Siapa tanya lagi nak dia berceramah sambil duduk ke berdiri? Dah tentu-tentulah orang suruh dia berdiri sebab nak tengok dia kan. Kalau duduk macam mana yang belakang tu nak nampak dia.



2 comments:

[Fadilah Diyana] said...

Ofis akak yang anjurkan? Bertuahnya..l

Rehanz said...

A'ah kebetulana ada sorang staff tu, wife dia senoir kepada Ustaz Don. Dengar khabarnya dorang nak panggil lagi Ustaz ke sini...