Friday 26 April 2013

FILEM: IRON MAN 3 & PBAKL 2013


 Insya-allah petang nanti aku nak gi tengok Iron Man 3 dengan adik aku di Galaxy Ampang. Nak ikut tak?


Pesta buku terbesar di negara kita bermula hari ini seperti yang tertera dalam gambar di bawah. Tahun ni mungkin tak banyak buku kot yang dapat aku sambar disebabkan ketiadaan ruang penyimpanan. Terpaksalah memilih yang buku yang paling aku minat di antara semua yang berkenan di hati. Senarai dah ada tau dalam pen-drive aku. Semangat bukan main. Mungkin aku akan pergi 3 hari sebelum pesta buku berakhir iaitu pada 3 Mei 2013.


Selesai sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke -32 yang berlangsung dari 26 April – 4 Mei (sepatutnya 5 Mei namun atas faktor keselamatan terpaksa ditutup awal sehari). Memang ramai giler orang pada hari Rabu sempena cuti umum kan! Jalan macet sangat-sangat lantaran semuanya menuju ke PTWC. Sampai-sampai sahaja di sana kita orang (aku dan adik) singgah ke penerbitan Jemari Seni. Mak Aii!!!

Sesak gila babas sampai nak jalan pun terpaksa bertolak-tolak macam orang nak pergi haji ke gamaknya. Yang beratur nak bayar tak usah cakaplah berjela-jela. Mujurlah sebelum datang aku ada buat sedikit ‘survey’ novel-novel yang aku berkenan nak beli. Tak dapat nak cari buku-buku lain ke nak bersenang-senang nak baca sinopsis, jangan haraplah! Sepadat-padatnya kat dalam tu dan bahang mula terasa. Macam terkepung dalam lif ramai-ramai. Macam itu rasa panasnya kat dalam dan aku rasa ‘air-cond’ yang dipasang tak mampu menyejukkan jumlah pengunjung yang menyerbu ke sana.

Lepas dah berjaya ‘menyelamatkan’ diri dari sana kita orang bergerak ke booth Ana Muslim pula. Di sana cuma beli key-chain, majalah untuk anak buah aku si Nurul Jannah dengan beg sebab aku sekarang gila mengumpul beg yang macam tu. Macam mana? Alah yang macam ni…

Lepas tu naik ke tingkat atas pulak sebab buat pertama kalinya kami skip dua buah penerbitan. Kenapa? Adalah alasan aku yang tersendiri tak boleh cerita di sini nanti kena ‘gam’ hehehe… JS Adiwarna adalah tempat seterusnya sementelahan memang ada buku di sana yang dalam senarai pilihan aku. Mula-mula beli dua je tapi yang bertugas di kaunter (rasa kakak kot maklumlah aku sentiasa nak jadi ‘adik-adik’ kan!) promote pulak! Kalau beli si Si manis dua buah akan dapat satu button badge. Dari tak nak terus aku nak so tanyalah pada seorang lagi yang berada di deretan buku-buku tu, buku mana yang ramai orang beli dan dia pun cadangkanlah sebuah buku. Baca sinopsis dan ok! Bayar dan dapatlah badge!







Lepas tu beralih pula ke booth lain.  Kemudian sampailah ke booth Jemari Seni. Sama jugak berasak-asak dan berhimpitan lah semua orang. Sambar terus Anak Teruna Mak Cik Rahimah. Oppsss!!! Jangan salah faham yer bukan nak buat jodoh ye huahuahua… tu tajuk novel saja J . Kemudian Anthem karya Hlovate. Masa aku minta tolong sorang adik buku tu penuh lagi mungkin baru top-up. Nak bayar pun beratur berhimpit-himpit mana baris pun tak tahu main celah jer. Kita orang yang beratur ni macam mane pulak kan? Dalam pada dok beratur tu aku pun dok ushar novel-novel lain. 

Aik? Biar betul? Tadi novel Anthem tu bukan penuh lagi kat rak ke? Sekarang dah kosong tinggal satu ke dua jer. Aku tanya kat adik aku rak tu memang penuh kan tadi. 

‘A’ah’. 

Kenapa dah tinggal banyak tu jer? 

Ko tengoklah orang kat keliling ko. 

Aku pun menoleh lah ke kiri dan ke kanan. A’aalah masing-masing pegang novel Anthem. (walaupun ada yang borong novel lain) Pokoknya kat tangan setiap orang yang tunggu nak bayar tu mesti ada novel tu. Mak aii! Kayalah penulis dia macam ni. Akhirnya aku  sampar satu lagi novel ‘Dapur Wawa’ kisah gadis yang nak belajar masak (hehehe…cam sama jer dgn orang yang beli tuh!!)


Usai tu kita orang singgah ke beberapa buah booth yang antaranya ialah Pustaka Azhar, Fargoes, Syarikat 1000 Dinar, Fajar Pakeer, Utusan Karya, Mustread, Ujang.











Pustaka Azhar = Beli buku teka silang kata & ‘word search’ & satu buku untuk Wafi (youngest anak buah)

Fargoes = Saja je kebetulan ada rak buku yang aku selalu baca masa sekolah dulu. Siri Salma, Hadi, 3 penyiasat, Lima Sekawan dll. Nak beli sebab buku tu dah evergreen sekarang sebab tak jumpa dah kat kedai-kedai buku MASALAHNYA tak ingat siri apa yang kita orang dah ada. Takut terbeli yang sama kan rugi. Kalau Siri Salma aku dah ada kesemuanya dari no.1-62.

Syarikat 1000 Dinar = Saja jer singgah nak jumpa kawan lama Miera yang dalam diam rupanya dah jadi isteri orang. Padanlah kat fb si Dayah kata pengantin lama. Dah 4 bulan nikah dan dalam masa yang sama ibunya telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit barah. Tau mak dia sakit cuma jarang contact tu yang setahun sekali jer baru tau cerita tentang dai nih. No.telefon selalu bertukar dan orang bisnens ni selalu jer terbang ke sana sini. 

Fajar Pakeer, 

Utusan Karya = beli Harmoni yang terbaharu dan nak cari Harmoni aku yang hilang. Sampai kat Utusan Karya kenapa booth dia kecil jer tak banyak majalah? Selalunya dia orang akan jual majalah edisi tahun lepas dengan harga yang murah jadi aku nak gantilah majalah yang hilang tu tapi tahun dia orang tak buat macam tu. Yang ada dijual hanyalah majalah yang terbit awal tahun ni jer. Hampeh! Hancur hatiku sebab majalah yang hilang tu keluar cerpen aku. Udahlah aku beli satu jer kalau dah tak dapat beli memang gundah-gulana hatiku. Rasa down sangat2 masa tu. Aku dah frust sampai dah fikir tak nak beli lagi Harmoni lepas ni kecuali kalau ada karya aku yang keluar. Dari awal aku kumpul tiba-tiba dah romping satu buat apa kan! Baik tak payah beli tiap bulan lagi dah. 

Mustread = Awalnya saja nak tengok-tengok akhirnya sambar juga satu- Seri, Shila dan Mak Cik Ani 

Ujang = Adik aku yang nak beli majalah Ujang untuk budak-budak. 























Aku dah pernah pergi pada hari terakhir pesta buku (sebab nak diskaun lebih kononya) dan tahun ini pada hari cuti umum sempena Hari Pekerja (sebab tak payah ambil cuti rehat). Memang tak tahan nak berasak-asak dalam lautan manusia yang dikelilingi ribuan buku-buku di PWTC. Sabtu dan Ahad memang dah tau akan sesak punya nanti..

Kesimpulannya: Berhimpit-himpit + kepanasan + macam-macam bau yang keluar + nak belek-belek buku pun tak boleh. TAK NAK PERGI pada hari-hari yang tersebut di atas tahun depan!! (kalau dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, dan murah rezekinya untuk memborong lagi kan)

No comments: