Tuesday 30 April 2013

APC 2013 - 12.4.2013 (BHGN.2)




Semua dah kelaparan menyerbu. Meja kita orang jer yang sampai berdiri nak ambil makanan sedangkan meja lain cam relax saja..tapi aku tak berdirilah. Ada dua tiga orang yang masuk bacth kedua untuk ambil makan.
Sempat posing lagi tu.
Yang tengah tu Kak Liza salah seorang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang untuk jabatan kita orang. Cemerlang sangat!

Kak Faezah dan Kak Mustakizah, CC jabatan lain yang sangatlah peramah dan friendly orangnya. Lembut je bila bercakap.
Yang lain aku dah kenalkan sebelum ni kecualai yang hujung  berbaju orang iaitu Kak Hawa yang merupakan seorang lagi penerima Anugerak Khidmat Cemerlang jabatan kita orang. Takziah aku ucapakan buat Kak Hawa dan keluarga yang baharu sahaja kehilangan ayahanda pada 19 April lalu. Aku bersama tiga orang rakan yang lain sempatlah menziarahi mereka sekeluarga di Sabak Bernam.

No comments: