9 Tips Menutup Aurat Supaya Kelihatan Lebih Cantik Di Sisi Allah
Wan Muhd Ali | 14/05/2012 |
Petikan TIPS MENUTUP AURAT: Solusi Isu 26.
Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat…
1. TAHU
Langkah pertama ialah
ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian
yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan
aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu
dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa
dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria;
sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya
masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan
suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan
aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan
sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH
boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin
berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak
manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun
kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik
eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat
dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk
memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya
akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu
merisaukan mata liar yang memandang.
Ingat kan perkara yang berbeza, rupanya sama sebab masing-masing ambil dari Majalah Solusi Isu #26. Sebab dan ada ni aku letak je lah dua-dua sekali.
(www.farahinlee.blogspot.com - isteri Ally Iskandar)
Assalamualaikum wbt..
Dah nak
masuk first anniversary 'penghijrahan besar' saya. Sejak haritu
sampailah sekarang, masih tidak putus-putus soalan yang saya terima,
berminat benar mereka dengan kisah itu. Dan kebanyakan mereka wanita.
Soalan hot yang ditanya adalah berkenaan aurat. Yelah, saya setahun yang
lepas dan saya yang sekarang... hurm.. semua sedia maklum agaknya, tak
perlu saya cerita.
Saya
memang suka bercerita. Dan berkongsi pengalaman. Dan kebanyakan yang
bertanya meminta pendapat, bagaimana untuk kekal istiqamah dalam
berhijab. Saya juga tidak berani berbual panjang kerana saya sendiri
masih baru, dan akan kekal kuatkah saya untuk kekal istiqamah kelak
hari.? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin.
Saya juga sedar saya masih tidak berjaya menutup aurat dengan sempurna.
Dan ianya bukan perkara yang mudah untuk saya lakukan. Saya bertarung
dengan nafsu. Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus,
perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.
Hari
ini, saya berbesar hati untuk berkongsi TIPS MENUTUP AURAT. Sudah tentu
mustahil tip ini dari saya. Tip ini saya dapat dari majalah Solusi
Isu#26 tempoh hari semasa di Malaysia. Semoga ia dapat menjadi penguat
hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat...
1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR bahawa
tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan
sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal
haram adalah perkara besar.
3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"
5. ASINGKAN pakaian
kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi.
Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila
bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU. Wanita yang
tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu,
takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF. Semua
wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis
melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah
kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi
usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun
perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT.
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan
selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
No comments:
Post a Comment