Friday 3 August 2012

KORBAN MAJALAH


Sekarang ni aku dah tak kerja part time jadi ada masa untuk buat aktiviti yang sebelum ini 'tersangkut' untuk disempurnakan. Salah satunya ialah mengemas dan mengemas seperti biasa.
Disebabkan masalah ruang yang sangat kritikal saat ini dan masa yang mendatang, aku terpaksa 'mengorbankan' sebahagian daripada koleksi majalah aku. Majalah Nur dan Dara.com yang menjadi sasaran kerana tak mungkin majalah Harmoni aku yang menjadi mangsa. Harmoni dah menjadi koleksi peribadi aku dari awal penerbitan hingga sekarang dan aku tak pernah miss beli tiap-tiap bulan.

Kedua-dua majalah tu pun tak sebanyak Harmoni cuma yang ada kena mengena dengan aku memang aku tak lepaskan. kena mengena macam mana ni? Alah...edisi yang ada gambar aku ke, artikel aku ke, puisi aku ke ataupun cerpen ke takkan aku nak buang kot.memang simpanlah kan untuk generasi akan datang...cewah. Hua...hua...hua!!!

Cuma kalau ada info-info yang menarik aku akan tapi semula dan simpan di dalam hard disk dan majalah itu boleh disedekahkan atau dikitar semula. Kita kan kena jaga alam sekitar jadi kitarlah semula bahan bacaan yang tidak diperlukan lagi.

Masalahnya sekarang cepat benar mata aku ni nak terkatup. Lepas Isyak saja mulalah nak terpadam tapi dalam hati nak menaip sebab kalau boleh kosongkan ruang tu sebanyak yang mungkin. 
Walaupun sebenarnya tak lah banyak mana sebab aku ni susah sikit nak buang barang...sanggup simpan bertahun-tahun kononnya mungkin suatu hari nanti aku akan guna walhal tak sanggup punya aku nak punggah sebab nak cari info dalam majalah itu. Baik cari kat Google...keluarlah macam-macam yang kita nak tu kan...
Tak tahulah bila boleh siap kalau asyik dok tengok OVJ, PB dan KI...alah siaran Opera Van Java dan Pas Mantab di saluran Indopek dan Keluarga Iskandar kat Astro.

No comments: