Saturday 4 August 2012

GAJET TERBAHARU - HEADPHONE

Ini merupakan gajet terbaharu aku sempena bulan Ramadhan ini. Disebabkan bulan puasa maka aktiviti di pejabat agak suram sedikit. Senyap sunyi apatah lagi di bahagian aku kebanyakan juruteknik lelaki asyik menghilangkan diri. 

Kalau Big Boss tak masuk lagi berdondang sayang mereka. Aku pun ada juga tapi sekali dua saja (dah masuk waktu rehat ya!) itupun tumpang kereta akak di sini. Jumaat lepas kita orang gi jalan-jalan kat Kenanga Wholesale City. Semalamnya dia orang dah pergi tapi aku tak ikut jadi hari Jumaat itu aku pun join sekali memandangkan waktu rehat agak panjang. Pilih punya pilih akhirnya kita orang terlewat masuk pejabat...hehehehe

Dah di pejabat ni ada seorang abang tu yang kekurangan kerja selalu muat turun filem-filem melalui telefonnya yang mahal dan canggih tu. bila dah copy kat pendrive nak dengar macam mana tak ada speaker. Itu sebabnya aku beli benda ni sekurang-kurangnya bila waktu rehat bolehlah aku tengok movie ke, dengar lagu atau tengok apa-apa di You Tube

Semalam aku sempat tengok sinetron Ketika Cinta Bertasbih...kalau  dekat siaran Astro Indopek (Pelangi) kena tunggu pukul 4 pagi untuk siaran ulangan. Siaran asal pukul 12 tgh (ada kat pejabat lagi kot!)

Aku beli warna ni sebab nak samakan dengan gajet yang lain iaitu hard disk dan pendrive aku. Aku kan penggemar warna ungu.

No comments: