Wednesday 9 November 2011

SMART WONDER WORLD: WHEN MY FRIEND SAY GOOD BYE

Bulan ni tiga orang telah ditukarkan ke tempat lain atas arah pihak atasan. 1 Nov yang lepas Kak Zera dan Noor Hasanah ke WANGSA MAJU dan 6 Nov merupakan hari terakhir Siti Nur Ain berasa di Taman Maluri. Dia akan berpindah ke QUEENSBAY, PENANG dan bergelar Supervisor.

Aku paling rapat dengan Ain sementelahan usia kita orang sama dan cara kita orang bekerja juga hampir sama namun apakan daya sudah tertulis setakat ini sahaja kami dapat bekerja bersama-sama di bawah satu bumbung. Rasanya hampir empat tahun kot kita orang berkenalan. Jadi sebagai hadiah perpisahan aku hadiahkan dia dengan sesuatu. Benda sama yang aku juga ada. Semoga PERSAHABATAN kami akan terus kekal untuk selamanya....amin....

All the best to you guys.


Hari terakhir Ain....6 November 2011

No comments: