Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan
kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak
terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam
perkara lagi.
Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik,
terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik
dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah
berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini,
mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu
kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadangkadang kecantikan
memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda
terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan
dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi
buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua
mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor
semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah
api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan
kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV.
Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk
setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka
kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu
tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan
ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab
dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia
sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan
Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa
paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.
Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya
itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai
diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!
Sumber – kenali cinta
No comments:
Post a Comment