Thursday 9 September 2010

CERITA RAYA

Raye ni macam2 persiapan yang dibuat....aku seperti biasa sibuk dgn kerja...tahun ni aku buat dua pasang je baju kurung baru baharu (pakej utk baju kerja sekali), sehelai blaus, sehelai seluar, sepasang kasut dan pengikat rambut..ni sume nak dipakai masa raya. Sebelum raya tak boleh pakai hehehe...Kuih raya adalah aku beli kalau nak harap aku buat memang tak ada kat rumah aku tahun ni...ada yang ku beli untuk makan sendiri. masing2 dah kerja so belilah sendiri. Ada juga yang aku beli untuk tetamu yg dtg tapi yg lebih utk aku sendiri.....

Ni gambar duit kan...ada citer disebalik gambar ni...jom baca
Masa aku kerja part time minggu lepas, ada sorang budak ni rasa nak terkucil dan kebetulan mak dia tak ada...(shoppinglah kan!) sudahnya aku yang kena bawa...tak apalah bukan susah pun sebab dia dah besar boleh cebuk sendiri. Dalam perjalanan nak ke tandas tu aku pun tanyalah dia puasa ke tidak, raya kat mana.... ni jawapan dia opsss! nama dia Rania macam Permaisuri Jordan tu Queen Rania pulak. Dia kata puasa tapi gaya macam tak pose jek...pastu dia beritahu kat aku yang dia ada sepupu yang dah tinggal kat negara Arab. Masa umur dia 8 @ 9 tahun baharu sepupu dia tu balik sini (skrg dia berumur 6 thn). Bulan 12 nanti dia akan pergi kat sana tgk sepupu dia. Ayah sepupunya kena bertugas di sana...

Lepas dah selesai tu aku bawa baliklah semula ke department aku..mak dia dah tercongok kat situ jadi aku pun beritahu bawa dia ke tandas. mak dia kata terima kasih. Lepas ambil baki duit akak tu minta tukar duit kecil pulak kat abang cashier (Abang Wan namanye)...aku pulan dok layan sorang lagi customer nak keluar dari kawasan permainan tu...Cuupp!! Akak tu masukkan RM dalam kocek baju aku...Aku pun terkejutlah gak kan...dia kata terima kasih lepas tu dia pun pergi. Aku tak sempat nak cakap apa-apa... ini bukan kali pertama aku bawa budak ke toilet tapi pertama kali dapat duit raya (kira duit rayalah kan) drpd customer Melayu...jumlah tak penting tapi keikhlasan yang utama kan...

Esoknya pulak (Selasa) bos kita orang (kat tempat kerja satu lagi) bagi duit raya kpd sume staff kecuali CC (tunggu Deepavalilah!). Dia suruh beli kain pelekat utk staff lelaki dan tudung utk perempuan dengan bajet tertentu... Kak Faizah ajak aku pergi jadi aku pun okey je..dok dlm opis yg sejuk macam Antartika ni baik aku ikut dorang. Udahlah macam nak demam badan aku ni...kita orang naik kereta Kak Malisa sampai ke LRT Pandan Indah dan turun di Masjid Jamek. Waktu2 macam ni pun ramai giler orang...

Mula2 cari kain pelekat dulu sebab bajet utk tu lebih sikit...dah beli kain utk 12 orang masih ada baki jadi kita orang belikan butang baju Melayu utk genapkan bajet yg bos suruh. Lepas dah bajet adalah lebih sikit utk kita orang. Akak2 tu beli tudung lycra dan syria (aku tak pakai tudung mcm tu). Ingatkan nak cari tudung bawal putih bersulam ke manik2 hitam tapi tak adalah pulak...so aku tak beli tudung.
tapi ini yg aku sambar...acar buah setengah kilo dan sedikit ketupat daun palas (utk mak aku). Acar buah ni aku dah pernah beli masa keluar beli blaus hari tu memang sedap so memang nak beli lagi...mak aku pergi ke sana pada hari yang sama cuma dorang (dan kakak aku) dah sampai rumah pun masa aku call tanya nak beli tak acar buah tu...mak aku pulak beli 1 kilo...


Tapi yang tak bestnya dekat nak raya pula aku demam..tak cukup tu ditambah dengan batuk dan selesema. Nasib baik sakit tekak dah berkurang. mane tidaknya hampir sepanjang bulan pose ni aku asyik minum ais jer hari2...air limau madu, mata kucing, bandung, soya, tembikai, tebu....Ni pun aku gagahkan diri datang kerja semala (Selasa) utk siapkan OT...tapi kerja part-time aku tak pergi...nasib baik shop leader aku tu faham keadaan aku kan..dia pun tak banyak songeh lagi pula ramai yg full. Aku tak ada pun staff cukup. Aku gi klinik ambil ubat jer balik rumah makan, mandi pastu cari selimut tidur. Ubat selesema yang dia bagi tu pulak memang mengantuk (dia siap bagitau kat aku) so aku tidur kat ruang tamu jer.
Abah ngan kakak aku sibuk soh tidur dalam bilik pun aku masih kat depan tu jugak. Sayup2 terdengar anak buah aku bising2 tapi aku terus tidur...macam mamai tahu dak...lenalah sampai terjaga pukul 11 malam ingatkan nak tgk citer Dottie tapi adik aku kat tak ada pulak...(kalau ada pun dah habis da...) Aku tertengok siaran ulangannya hari tu rasa best pulak...itu yg nak tgk lagi sambungannya...Hari ini aku pergilah kerja part-time sebab malam raya Jusco tutup pukul 10 malam.
Kat kerja satu lagi ni...ada yang datang kerja tapi pukul 8 lebih dah salam raya...(baliklah tu!). Lepas tu sorang demi sorang balik...bersalam rayalah kita orang. Masa aku tulis entri tinggal berapa kerat jer...tiga empat orang kat dalam opis ni...aku ingat nak balik gak..kerja sume dah siap...orang pun tak ada, air-cond mengigit hingga ke tulang-temulang aku ni...tak tahan aku...pakai sweater pun sejuknya masih menggila dan mengganas kat sini....
Sempena lebaran esok aku nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada mereka yg sudi singgah di blog ini, mereka yg mengenali diri ini tidak kira di mana sahaja blog ini diakses...kalau ada salah dan silap aku mohon maaf...semoga perkenalan dan persahabatan kita akan terus berkekalan..amin...
p/s: aku masih menanti khabar gembira utk dikongsikan di sini....

No comments: