Thursday 1 July 2010

ANUGERAH CEMERLANG

Hari ini dlm sejarah bila mana abah aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bg thn 2009. Hampir 30 thn dia berkhidmat inilah kali pertama dan terakhir beliau merasa terima anugerah mcm 2. Thn depan dah pencen nak khidmat cemerlang apalagi. Anugerah ni pun aku rasa sebab abah aku nak pencen kalau tak tak merasa ler thn ni. Mcm anugerah kesian lah pulak kan...tapi mungkin juga dah rezeki dia juga.


Mcm juga ada orang lain yg dapat tapi yang lain tak puas hati. Sebab? Sebabnya kerja yg dia buat tak setimpal langsung dgn anugerah dan penghormatan yg dia dapat 2 kira kaki ____ lah...kata dia orang. Yang aku ni dgr sana dgr sini tulis kat blog...hua...hua...hua...tapi aku tak sebut pun nama mereka-mereka tu...


Kerana ari ni ari Khamis sume kena pakai baju batik...meriah gak aku tengok baju-baju dia orang. Kalau pompuan mcm mak datin jer dan yg lelaki pulak macam Dato ngan YB (walaupun memang ada yg betul2 Dato')


Lepas tu masa nak kuar makan Dato' besar (my big boss) lalu kat tepi kita orang dan aku wat dek aje. CC aku soh senyumlah kat dia...kahkah...dia org2 besar memang payah sikit aku nak senyum selalu aku wat bodoh jer. Tapi kalau dah terserempak dlm lif ke, berselisih jalan ndak tak ndak kenalah senyum manja gitu...nanti di kata kita sombong.... Kalau dgn __ tu pun aku wat selamba badak jer walaupun dia pandang kt aku @ kita orang. Kan tak selevel gitu...rasa x selesa wa cakap sama lu...kena ambk masa yg sangat panjang utk aku biasakan diri dgn pelbagai perkara baru yag aku hadapi setiap hari di sini.


Esok budak2 praktikal last day kat sini dan dorang ada wat jamuan. Tadi masa mkn aku dok borak dgn 2 org budak praktikal di bhgn Sumber Manusia. Aku rasa lagi hepi borak dgn dorang drpd berhadapan dgn budak praktikal kt jab. aku ni. Dgn budak lelaki memang tak masuk dlm senarai aku nak beramah mesra ni yg pompuan sorang pun ckp nak tak nak saja. Aku pun malaslah nak terhegeh-hegeh nak tanya itu ini.


Ari tu sorang budak praktikal di pejabat S/U bhgn Sumber Manusia, bila dia habis praktikal dia yg bersusah payah bg cenderahati kt sume staff di situ termasuk di bhgn Pentadbiran Am (kira jab. yg besarlah kat situ). Dorang ni mcm amenda jer...blah ar cepat2 lagi bagus...(jahatnyer aku ni kan...)


Sok makan free lagi dan agak sibuk sebab aku nak uruskan jual beli laptop lama aku...hehehe aku dah beli laptop baru yg labih canggih sikit dr yg sebelumnya utk kegunaan penulisan aku. Walau macam manapun, agak kurang seru (seronok) sebab skrinnye kecik... harganya memang peerhh...mahal sikit jer dari yg lama. Aku baru terbaca jenama ni dlm paper semalam...kalau Acer, Apple, Dell tu aku dah biasa dengar...
Ada mcm muka org bengang dan menyampah ker...hentam ajelah...dah tak cukup masa sebab jap lagi satu jabatan ni ada perjumpaan dgn pengarah kita orang yg baru. Dia lapor diri hari ni...sekali air bah sekali pantai berubah ye tak...so kena tau plak dia ni orang yg mcm mana...apa amanat yg dia nak bagi...tadi dia sempat kenal dgn kita orang & dia terkejut sbb sume pompuan sampaikan dia tanya kat jabatan ni memang sume pompuan ker...a'ah staff lelaki dah pupus...
Dah kenal-kenal nama dia boleh pulak bgtau dia cuma ingat nama CC kita orang jer buat masa ni...apa-apa ajelah...oklah nanti aku sambung lagi...banyak benda nak cite tapi tak cukup masa ....sampai jumpa lagi di sesi luahan perasaan aku yg akan datang yek...wassalam....tata titi tutu...

No comments: