Wednesday, 28 July 2010

KISAH HARI INI

Ada dua perkara yg bagi aku kelakar terjadi pada hari ini. Bila difikir2 boleh tergelak sendiri. Oh, ya sebelum terlupa entri aku DALAM DILEMA terpaksa aku cabutkan daripada blog ni di atas sebab2 tertentu. Kepada yg dah baca tu kira terlepaslah....
Pagi tadi masa nak kuar gi kerja aku pakai cermin mata tapi nampak kabur jer...puas aku gosok dengan hujung baju aku tetap juga kabur. Udahnya aku pakai juga ke tempat kerja. Aku ni dah ler rabun jauh memang tak nampak orang gamaknya...bila dah dekat baru nak nampak. Itu kira okey lagi yg menjadi masalah bila nak buat kerja lebih2 lagi yg mengadap komputer. terkebil2 biji mata kat depan komputer ngan surat2 yg perlu dikey-in dlm sistem.
Lepas tu aku gi anta surat kat department lain lagi dengan mata yg tak berapa nak nampak ni...waktu rehat aku g Tesco Ampang (tempat wat c.mata ni). Dia (jurujual) tu kata power tak sama. Aku pun balik rumah check sume cermin mata yg ada atas lemari. Nak tahu...rupa-rupanya AKU SALAH AMBIL!
Yang aku pakai dari pagi hingga tengahari tu kakak aku punye...Masyallah berdekah2 aku gelak...Sebelum ni tak pernah pulak tersalah ambil, padanlah kabur semacam. Aku punya power c.mata lagi tinggi drpd yg akak aku punya...TAPI yg best tu aku dapat selesaikan gak sume kerja sebelum waktu rehat dgn mata yg rabun ni...Boleh dapat kredit lah tu kan...
Satu lagi masa nak anta surat utk dipos aku terserempak dgn uncle yg jahit baju uniform utk staff di sini. Aku dari mula kerja sampai ari ni tak pernah ambil ukur badan utk baju uniform ni. Mula2 kata minggu depan..tup-tup orang lain dah dapat baju. Aku melopong tapi tak penting sgt baju tu...(memandai aje aku ni!).
Nak tunggu kerani yg in-charge asyik tertangguh aje...sampailah tadi aku tanya kat ketua kerani pasal baju tu. Dia kata tak apelah terus ambil ukur badan sebab uncle tu dah ada di situ. Seram sejuk aku rasa masa uncle tu ambik ukuran kat badan aku. Selama ni aku jahit baju kat orang Melayu...dulu2 adalah kat asoh tu tapi sume pompuan ni lelaki. Memang rasa SANGAT2 TIDAK SELESA! Nasib baik kejap aje sebab dia dah pro. kan. Zup zap tiga kali ukur terus tulis kat kertas...cepat lah siap...pengalaman tak tak terfikir dalam jangkauan aku pun...walaupun cina tetap tak selesa.
Apa2 pun perkara dah terjadi pun....itulah al-kisahnya...okey babai sebab aku nak gi solat pastu nak balik umah nak g pasar malam nak cari tudung utk baju baharu (baju kerje bukan baju raya) + dah lama tak pergi pasar malam tu...

Saturday, 3 July 2010

CAMNE NAK TULIS BLOG


Hallo sume...ari ni setengah hari masa aku dihabiskan kat opis dok menaip surat2 yg perlu diselesaikan dgn segera terutamanya surat mesyuarat utk pegawai2. Dari kul 10.00 sampai sekarang asyik ngadap komputer menaip surat sampai lenguh jari-jemari aku ni...apa nak buat dah nasib badan kan...


Hajat di hati nak luah perasaan ttn kisah semalam nampaknya terpaksalah aku tangguhkan dahulu sebab bnyk keje lagi ni...waktu aku tulis entri ni jam dah kul 3 petang. Bila masa nak siapkan jer,nak tulis blog, nak tidur jap(sebab aku rasa mengantuk sgt2), petang nnt nak gi keje lagi...esok nak gosok baju keje pulak, nak uruskan jual beli laptop tu lagi, nak pindah sume fail2 dlm tu ke pen-drive lagi...Ya Allah macam tak cukup tgn ngn kaki je aku rasa saat ni.


Itu belum lagi aku nak wat cerpen baharu walaupun idea dah melambak sampau hampir terburai dari kepala aku ni. Okeylah aku nak sambung keje ni sikit lagi pastu blahlah. Tak larat rasanya. Sampai bertemu lagi di lain waktu...


Friday, 2 July 2010

HARI YANG MEMBENGANGKAN AKU!


Hari ni aku memang betul2 bengang dgn b/rapa org kat pejabat ni. Yg kurang ajar pun ada, yg asyik soh itu ini pun tak terkecuali, yg sibuk soh anta surat pun terselit gak, yg buat muka taik pun ada (maaflah bahasa ni agak keterlaluan sikit).

Bayangkan drpd pagi tadi aku asyik wat keje berhenti kejap utk rehat. Masuk aje opis dah melambak keje yg tunggu walhal aku cuma bantu keje akak yg cuti bersalin. Udahnya dorang macam nak pupuk (letak) sume tugas tu kat kepala aku ni. Pagi tadi elok sampai kul 6 waktu aku tulis entri ni kepala aku pening sesangat.


Mahu tak mahu esok aku kena gak dtg opis ,key-in sume surat2 yg berlonggok kat meja aku. Rasanya aku ni macam big boss plak dr pg sampai ptg ke hulu ke hilir wat mcm2 benda pastu meja tok sah kata memang kaya dgn surat2...sampaikan aku sendiri dah tak tahu mane yg dah key-in mane blum, mane yg urgent kena siapkan awal...keje tak serupa orang.

Balik umah pun bukan ble rehat ada keje yg nak disiapkan...semalam aku cuti keje part-time sebab hujan lebat so aku ari ni jena gantilah. Kalau tak aku balik lambat aje ari ini. Aku ni dari ari tu kata nak berhenti keje part-time tapi bila sampai masa memang selalu tak jadi. K,lah aku ni chaw dulu. Sebenarnya bnyk benda aku nak citerkan pas2 mereka yg bengong2 kat sini tapi esok ajelah kalau sempat.

Thursday, 1 July 2010

ANUGERAH CEMERLANG

Hari ini dlm sejarah bila mana abah aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bg thn 2009. Hampir 30 thn dia berkhidmat inilah kali pertama dan terakhir beliau merasa terima anugerah mcm 2. Thn depan dah pencen nak khidmat cemerlang apalagi. Anugerah ni pun aku rasa sebab abah aku nak pencen kalau tak tak merasa ler thn ni. Mcm anugerah kesian lah pulak kan...tapi mungkin juga dah rezeki dia juga.


Mcm juga ada orang lain yg dapat tapi yang lain tak puas hati. Sebab? Sebabnya kerja yg dia buat tak setimpal langsung dgn anugerah dan penghormatan yg dia dapat 2 kira kaki ____ lah...kata dia orang. Yang aku ni dgr sana dgr sini tulis kat blog...hua...hua...hua...tapi aku tak sebut pun nama mereka-mereka tu...


Kerana ari ni ari Khamis sume kena pakai baju batik...meriah gak aku tengok baju-baju dia orang. Kalau pompuan mcm mak datin jer dan yg lelaki pulak macam Dato ngan YB (walaupun memang ada yg betul2 Dato')


Lepas tu masa nak kuar makan Dato' besar (my big boss) lalu kat tepi kita orang dan aku wat dek aje. CC aku soh senyumlah kat dia...kahkah...dia org2 besar memang payah sikit aku nak senyum selalu aku wat bodoh jer. Tapi kalau dah terserempak dlm lif ke, berselisih jalan ndak tak ndak kenalah senyum manja gitu...nanti di kata kita sombong.... Kalau dgn __ tu pun aku wat selamba badak jer walaupun dia pandang kt aku @ kita orang. Kan tak selevel gitu...rasa x selesa wa cakap sama lu...kena ambk masa yg sangat panjang utk aku biasakan diri dgn pelbagai perkara baru yag aku hadapi setiap hari di sini.


Esok budak2 praktikal last day kat sini dan dorang ada wat jamuan. Tadi masa mkn aku dok borak dgn 2 org budak praktikal di bhgn Sumber Manusia. Aku rasa lagi hepi borak dgn dorang drpd berhadapan dgn budak praktikal kt jab. aku ni. Dgn budak lelaki memang tak masuk dlm senarai aku nak beramah mesra ni yg pompuan sorang pun ckp nak tak nak saja. Aku pun malaslah nak terhegeh-hegeh nak tanya itu ini.


Ari tu sorang budak praktikal di pejabat S/U bhgn Sumber Manusia, bila dia habis praktikal dia yg bersusah payah bg cenderahati kt sume staff di situ termasuk di bhgn Pentadbiran Am (kira jab. yg besarlah kat situ). Dorang ni mcm amenda jer...blah ar cepat2 lagi bagus...(jahatnyer aku ni kan...)


Sok makan free lagi dan agak sibuk sebab aku nak uruskan jual beli laptop lama aku...hehehe aku dah beli laptop baru yg labih canggih sikit dr yg sebelumnya utk kegunaan penulisan aku. Walau macam manapun, agak kurang seru (seronok) sebab skrinnye kecik... harganya memang peerhh...mahal sikit jer dari yg lama. Aku baru terbaca jenama ni dlm paper semalam...kalau Acer, Apple, Dell tu aku dah biasa dengar...
Ada mcm muka org bengang dan menyampah ker...hentam ajelah...dah tak cukup masa sebab jap lagi satu jabatan ni ada perjumpaan dgn pengarah kita orang yg baru. Dia lapor diri hari ni...sekali air bah sekali pantai berubah ye tak...so kena tau plak dia ni orang yg mcm mana...apa amanat yg dia nak bagi...tadi dia sempat kenal dgn kita orang & dia terkejut sbb sume pompuan sampaikan dia tanya kat jabatan ni memang sume pompuan ker...a'ah staff lelaki dah pupus...
Dah kenal-kenal nama dia boleh pulak bgtau dia cuma ingat nama CC kita orang jer buat masa ni...apa-apa ajelah...oklah nanti aku sambung lagi...banyak benda nak cite tapi tak cukup masa ....sampai jumpa lagi di sesi luahan perasaan aku yg akan datang yek...wassalam....tata titi tutu...