Saturday 22 May 2010

KISAH DUA HARI SATU MALAM


Aku pernah ceritakan untuk menghadiri kursus pembangunan insan di sebuah tempat kan. Syukur kerana program itu telah selamat aku tempuhi biarpun pada mulanya rasa tak nak pergi. Sekarang bila dah balik rasa nak dok situ lagi hari-hari dgr ceramah yg sangat2 menghiburkan daripada fasilitator yg best termasuklah pak ustaz yg selalu buat lawak. Banyak lagi yg aku nak ceritakan di sini tapi macam biasa ada perkara yg cemburui aku duduk dekat2 dengan komputer ni kan...jadi lain kali aku akan mengkhabarkan perjalanan kita orang semasa di sana...sampai bertemu lagi...wassalam....

Friday 21 May 2010

PUISI : PERIHAL TUAN

Idea utk wat puisi ni timbul sewaktu aku di dalam tandas...tgk tu kat situ pun bleh dpt ilham ishh....mungkinkah sekadar idea yang melayang tiba di fikirankan atau ada yang tersirat di sebalik yg tersurat...renung-renungkanlah...hehehehe....kelakar pula bila aku sendiri baca balik...

DARI MUARA KE TENGAH LAUTAN
HATI TERPAUT SAAT BERPANDANGAN
BERDAYUNG SAMPAN MENJALA IKAN
LIRIKAN MATAMU SUKAR DITAFSIRKAN
KELUAR PAGI PULANGNYA SENJA
KASIH SAYA TIDAK TERHINGGA
BUMI BASAH DISIMBAH HUJAN
KENANGKAN SAYA DALAM ANGANAN
POHON PADI TUMBUH MELATA
MUNGKINKAH KASIH SUDAH TERCIPTA
BIARPUN KAU AGAK BERUSIA
TERPIKAT PADAMU MENJADI RAHSIA
SAYANG SERIBU KALI SAYANG
KUMBANG PUJAAN MILIK ORANG
EMBUN PAGI DI PAGI HARI
KASIH BERSEMI KEPADA YANG BERISTERI
DIRIMU SUKAR KUCARI PENGGANTI
TERSEMAT KEMAS DI DALAM HATI
DOA KU PANJAT PADA ILAHI
MOGA JODOH SEGERA MENDEKATI
Apalah yang aku karang ni...macam bercinta dgn laki orang pulak...minta ampun bnyk2 minta dijauhkan dalam hidup aku...tapi aku ada idea nak buat cerpen berdasarkan kisah seumpama ini cuma kesempatan itu bagaikan tertutup sejenak dgn kesibukan yg tidak berkesudahan ini...

Monday 17 May 2010

SELAMAT HARI GURU 2010!!!

Entri ni memang terpesong drpd tatabahasa...saje je nak tulis mcm tu. Tarikh 16 Mei semakin diingati saban tahun berbanding dahulu. Jasa guru kian dikenang oleh masyarakat. Aku macam biasa awal2 lg dah siapkan hadiah utk cekgu2 kesayangan aku. Kenapa? Sebabnya aku suka cekgu2 aku hargai apa yg aku bg biarpun benda tu tak mahal sgt tapi nilainya yg penting.

Abah aku pernah cakap dekat kita orang (aku ngan adik) untung siapa yg jadi cekgu kita orang sebab tiap2 tahun dapat hadiah drpd anak murid. Sejak aku habis sekolah, adik aku akan jadi posmen utk hantar hadiah aku kat cekgu2 di SMK Datok Lokman tu. Dan seperti biasa akan ada soalan wajib yg diaorang akan tanya. Antaranya...

1. Kakak awak buat apa sekarang?
2. Dia keje kat mana?
3. Dia keje kat Jusco lagi ke?
4. Dia tak nak sambung belajar lagi?

DAN yang terbaharu sekali sejak tahun lepas....BILA KAKAK KAMU NAK KAHWIN?

Camner nak kahwin calon pun tak ada lg...nantilah bila dah sampai masa dah jumpa seseorang tu aku mesti bagi kad jemputan siap hantar sendiri kat cekgu!!! Tapi siaplah hadiah yg besar2 ek...hehehe


Untuk mereka yg pernah mendidik aku...terima kasih yg tak terhingga aku ucapkan terutama kepada mereka yg masih ambil berat terhadap aku dan menyokong minat aku dlm bidang penulisan....

Mereka ialah:-
HILANG TANPA JEJAK
  • PN. ZARINA-CEKGU TADIKA
  • PN.HALIMAH-CEKGU DARJAH 1
  • PN.HUSNA -CEKGU DARJAH 2
  • EN.FAISAL-CEKGU DARJAH 2
  • PN.ROKMAA-CEKGU BM FORM 1-2
DAH BERPINDAH
  • EN.SAFRI- CEKGU DARJAH 6
  • USTAZAH LAILA-CEKGU AGAMA FORM 1-2
  • PN.ASNOR-CEKGU MATH FORM 3
  • USTAZ AZMI-CEKGU SEJARAH FORM 3
  • PN.IZUANI-CEKGU PRAKTIKAL BI FORM 4
  • DATIN NURITUL ASHIKIN -CEKGU BI FORM 4- 5
  • PN. NOOR HANA -CEKGU BI FORM 1-3 & FORM 6
  • USTAZAH ASLINA-CEKGU AGAMA FORM 4-5
  • PN.ASYRIYATUL AKMA-CEKGU EKONOMI FORM 6 (walaupun dia)
DI SMK DATOK LOKMAN
  • PN.WAN NAZLAH-CEKGU KH FORM 1-2
  • PN.LOKE LEE LIN-CEKGU GEOGRAFI FORM 1-2
  • EN. LAM KOK HONG-CEKGU SEJARAH FORM 1-2
  • PN.ZAINORRAINI -CEKGU BM 4-5
  • PN.ONG MENG SENG -CEKGU SEJARAH FORM 4-5
  • PN.ROZITA-CEKGU BIOLOGI FORM 4-5
  • PN.JEEVA- CEKGU MATH MODEN FORM 4-5
  • PN.RUBIAH-CEKGU MATH TAMBAHAN FORM 4-5
  • CIK AZILAH-CEKGU FIZIK FORM 4
  • PN.NORLIZAH-CEKGU FIZIK FORM 5
  • PN.MARIA BEE-CEKGU KIMIA FORM 4-5
  • PN.MAHERAN-CEKGU KH FORM 2 & EKONOMI FORM 6
  • PN.NORMAH- CEKGU BM FORM 6
  • PN.VIJAYA-CEKGU SEJARAH ASIA TENGGARA FORM 6
  • EN.VALUSAMY-CEKGU SEJARAH TAMADUN DUNIA FORM 6
  • EN.ZAHANORDIN-CEKGU PENGAJIAN AM FORM 6
Dan kepada mereka yg tidak aku tuliskan namanya di sini tidak bermakna aku lupa dgn mereka kerana jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat...SELAMAT HARI GURU 2010!!!




Friday 14 May 2010

1001 RENCAH KEHIDUPAN

MACAM-MACAM HAL

Dewasa ini macam2 perkara pelik boleh terjadi kepada kita kan...dalam minggu ni ada dua tiga perkara pelik yang menyentak jantungku buat seketika...

Pertamanya kejadian mencuri kita dah seringkali dengar tapi yang ini rasa tak nak percaya pun ada gak. Nak buat macam mana kejadian tu dah terjadi bila ada orang sanggup MENCURI dlm SURAU!!! Apa nak jadi aku pun tak taulah dgn orang mcm ni.. Hari Senin ada budak kolej hilang beg masa tgh solat. Kesilanpan dia ialah meletakkan beg tu di blkg yg agak jauh darinya. Bila selesai solat nak ambk balik beg...berdesup hilang. Udahnya budak menangis bagai nak rak sebab beg dia dah hilang. Memang tak akan jumpa kalau jadi macam tu kt shopping complex kan...

Rabunya pulak perkara yg sama berulang kembali bila ada sorang staff hilang handphone masa tgh solat gak. Handphone tu diletakkan dalam beg yg berada di sisinya. Bila nak ambik benda dh hilang. Cuma dia perasan ada sorang perempuan ni ushar dia semacam tapi dia ingat tak ada apa2lah..tahu2 lepas solat perempuan tu kelam-kabut keluar dari surau tu...Bila call no. tu memang dah tak berjawab. Mesti dia dah buang sim kad tu... kita fikir dalam surau tak adalah orang nak buat benda tak elok mcm ni tapi tau2 ada juga yang dirasuk syaitan... insaflah wahai mereka yang melakukan perkara sebegini....

KURSUS INDUKSI KAKITANGAN BARU

Bermula 12-14 Mei 2010 aku telah pun mengikuti kursus seperti tajuk kat atas nun sebagai staf baru. Macam2 penerangan dan penjelasan yg diberikan kepada 21 orang kakitangan. Ada yang dari sambilan ke kontrak, kontrak ke tetap dan kontrak sahaja. Selalunya staff perempuan lagi ramai berbanding lelaki tapi tidak pada kursus kali ini yg mana staff perempuan cuma ada 7 orang dan selebihnya staf lelaki.

Biasalan di mana2 pun ada penceramah yg best dan ada gak yg membosankan. Tambahan pula tiba2 sahaja aku diserang selesema yg buat aku rasa tak sedap badan. Kebanyakkan penceramah best malah ada yg best giler!! Kira asyik tergelak dari mula sampai habis sesi tersebut. Staf lelaki ada gak mulut tak ada insurans menjawab dgn jawapan yang gila2 dan sesekali mcm bangang!! Yg banyak sangat soalan pun ada sampai kitaorang malas nak dengar. Balik2 mamat dua org tu nak tanya mcm2 benda.

Kira hampir sebulan aku dekat sini (esok 15hb genaplah sebulan) masa kursus ni aku rasa gembira sangat2 sebab aku di kelilingi oleh mereka yg baru seperti aku juga. Ada gak yang berlagak mentang2 berjawatang tinggi drpd kita orang kat situ. Hari terakhir dan pada sesi yg terakhir S/U sudi dtg menyampaikan sedikit ucapan dan harapan kepada kakitangan baru.. Dia ialah orang yg sama menemu duga aku pada sesi kelayakan pengambilan staf kontrak.

Lepas majlis tu dah habis mcm biasa makan free (Sepanjang kursus = sarapan pagi & mkn tgh). lepas ni nak pergi Pesuruhjaya sumpah pulan untuk sahkan borang isytihar harta. mcmlah aku ada bnyk harta nak bagitau kat dorang kan... Novel bnyk lah kat umah aku dgn majalah2.

Minggu depan pula aku kena pergi kursus utk kakitangan kerajaan kt Kuala Selangor (kalau tak silaplah). Program tu berlangsung selama dua hari satu malam. Kat jabatan aku adalah sorang akak tu kena gi sekali dgn batch aku. Kat jabatan lain ada gak sorang yg aku kenal nak dijadikan kwn. Dgrnya kita orang akan join sekali dgn jururawat2 dari Hospital Selayang. Yg tak bestnya tentang tempat tu..bnyk yg kata tempat tu BERHANTU!!!

Aku ni udahler lemah semangat nak gi pula tempat mcm tu memang tak senang duduklah jawabnya. Tapi aku cuba berikhtiar utk menjauhkan diri drpd terkena gangguan makhlus halus yg ada di sana nanti. Kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah s.w.t sebab hanya pada Dia tempat kita memohon perlindungan kan...betul tak... hah kan korang pun kata betul....

TUKAR JABATAN
Ada sorang kakak kat jabatan aku kena tukar kat bahagian kewangan berkuat kuasa 1 Jun ni...sedihnya aku sebab dia yang paling baik sekali dgn aku. Dia juga yg banyak tolong dan ajar tentang kerja2 kat opis ni..nanti bila dia dah tak ada terpaksalah berdikari dgn lebih kukuh lagi. Nasib baik aku dapat CC (Chief clerk) yang sgt baik walaupun kadangkala dia ada gelakkan aku masa tak tahu atau salah buat keje yg dia suruh...itukan proses belajar namanya sebab tak mungkin dlm masa sebulan kita boleh mahir dgn semua bidang tugas kita dan di luar bidang tugas. Pasti ambil masa berbulan-bulan nak pandai kan...so kena sabarlah dan bantulah budak2 baru mcm aku ni.
Kat sini ada 13 jabatan dgn lebih 700 orang kakitangan jadi fikir2 kan lah macam mana kita nak kenal semua orang dengan jawatan dia dalam masa yg sgt2 singkat ni. Dorang tak fikir yg suatu masa dulu dorang pun staf baru mcm aku jadi bila dah dapat jawatan tetap mulalah nak tunjuk ek... tak kiralah kat jabatan aku atau jabatan lain semuanya sama. Itulah hakikat perangai manusia yg pelbagai ragam dan kerenah.
Semoga Allah s.w.t sentiasa permudahkan jalan aku dlm menempuh hari2 yg bakal mendatang sepanjang dua thn kontrak aku berjalan. Aku berharap juga yg aku dapat berkerjasama dan menyesuaikan diri dlm keadaan dan dunia yang serba baru ni dengan lebih baik di masa akan datang....oklah aku nak gi solat pastu nak gi mahkamah tgk kalau2 dah buka sebab borang tu perlu dihantar pd hari Senin depan...esok lusa kan cuti nak bising pula orang HR kan....kan...
Sampai bertemu lagi di alam maya untuk berkongsi 1001 luahan, coretan, celoteh, keluhan, rintihan, rungutan, bebelan mengenai kisah dan pengalaman yang lain pula...wassalam....

Thursday 6 May 2010

TERSANGATLAH SIBUK!!!

Sejak dapat kerja baru ni hari-hari yang aku tempuhi senantiasa sibuk. Dari awal pagi hingga ke tengah malam ada sahaja benda yang nak dibuat sampai masa untuk diri sendiri pun macam dah tak ada. Apa tidaknya bangun pagi gi keje. Masuk opis kul 8-5 petang. Lepas tu kena cepat-cepat thumb print nak balik umah solat Asar dan bersiap-siap pulak nak ke tempat keje.

Tempat keje apa pulak kan...hmm aku masih buat keje part time kat tempat lama...sayang nak tinggalkan kecuali kalau betul-betul terpaksa lagipun aku ada satu azam kalau boleh nak keje kat situ sampailah perkara itu datang... Apa perkaranya rahsialah sebab itu antara aku dan Dia yang Maha Esa sahaja yang tahu.

Start dari pukul 6.30 -10.30 malam, kalau Jumaat dengan Sabtu sampai pukul 11 malam plak. Sampai umah dah hampir 11.30 duduk kejap. Tahu-tahu eh, dah pukul 12 tgh malam! Siapkan untuk baju keje pagi esok, makan ke mandi ke lepas tu nak tengok tv kejap.... dalam pukul 1-2 pagi kadang-kadang sampai pukul 3 pagi baru aku masuk tidur.... Tidur berapa jam lepas tu nak bangun balik....


Cerpen yang sepatutnya aku hantar awal kat editor masih di tahap pengeditan tahap akhir walaupun cuma 5 helai...Bayangkanlah macam mana nak siapkan kalau dari pagi sampai petang ada sahaja benda yang dilonggokan kat atas meja aku. Banyaknya keje orang lain tapi sebagai staff baru pada akulah yg diminta tolong kan...buat sahajalah kita kena sedar diri yang kita ni baru kat bahagian tu kan.... kena sabar banyak-banyak sebab kat dlm tu macam-macam perangai manusia yang kita jumpa. Ada yang suka dengan kita ada juga yang tak suka buat muka sombong nak mampus dengan aku!

Usaha aku dalam menyiapkan novel pertama turut terbengkalai sejak dapat kerja baru ni. Langsung tak ada masa nak jenguk manuskrip tu. Cerita itu juga di tahap akhir pengeditan. Nak buat kat opis memang tak ada masa...nak buat kat tempat keje part time pun sama gak. Kalau ada masa pun aku sebagai yang senior kat situ tak nak plak dikatakan ambil kesempatan sebab dah lama keje kat situ.

Selalunya keje yang aku buat melebihi daripada seorang staff part time punya tugas. Sebab apa? Sebab aku sayangkan tempat keje tu..sesekali ada gak terfikir nak berhenti sebab aku nak tumpukan pada novel tu. Setiap kalia aku bercadang nak berhenti setiap kali tu juga aku serba-salah dan akhirnya tak jadi nak berhenti. Aku juga lebih senang hati berada di sana daripada tempat baru ni.. Baru satu hari aku tak jejak kaki ke sana esoknya bila datang rasa macam dah lama sangat tak datang situ.

Aku tak pernah rasa gembira kat tempat baru ni. Semuanya serba canggung dalam kehidupan aku yg selama ni bebas dari perkara yang berkaitan dengan urusan rasmi, undang-undang, bekerja dalam jabatan yang ramai pekerja dan jabatan yang banyak dlm satu bangunan. Aku rasa nak k_____ dan b__h____ saja.


Aku ni plak bukan orang yang mudah mesra dgn orang lain dan juga nak sesuaikan diri kat suasana baharu. Cuma aku sentiasa berdoa supaya Allah SWT akan permudahkan setiap perjalanan aku di sini dan buka ruang-ruang kebahagiaan dan kegembiraan dalam lipatan hidup aku...Semoga aku dapat menikmatinya tidak lama lagi...

Oklah nanti aku sambung lagi sebab aku nak kuar rehat dengan Kak Niza (staff baru juga tapi jabatan tak sama)...kita orang memang geng hari-hari rehat berdua...Sekian...sampai jumpa lagi....