Saturday 31 October 2009

FILEM DI RUMAH : PAPADOM 1


Jumaat lalu aku dan segerombolan ahli kuarga aku yg lain menyerbu Galaxy Ampang utk tengok filem ni. Sume yg dah tengok kata best apatahlagi dah menang filem terbaik biarpun tak ditayangkan jadi kena tengok apa yg bagus sangat. Ternyata memang bagus tak kering gusi dari mula sampai akhir.

Walaupun ada babak yg sedih di akhir2 cerita tapi disebabkan dialognya aku tak sedih sangat pun asyik dok gelak jer terutama part yg last sekali tu. Siapa yg dah tgk mesti tahu babak yg aku maksudkan...dan kepada sesiapa yg belum tgk lagi aku sarankan pergilah tgk sebab tak rugi labur sikit duit tapi kita dapat kepuasan.

Lepas ni aku rasa macam nak tengok citer 2010 rasanya ditayangkan 12 Nov kot. Perancangan jer tapi selalunya jarang yg jadi mesti dah sampai masa aku malas nak pergi...

No comments: