Friday 30 October 2009

PENYAKIT 'M'

Salam utk semua, dah lama aku tak buka blog ni. Bukan apa malas nak ke cc apatah lagi aku rasa tak ada cerita menarik yg ingin dikongsikan kepada yg singgah di sini. Perancangan hari tu nak pasang tmnet streamyx puaslah kakak aku pergi uruskan di pejabat telekom di Ampang udahnya yg dirancang tak menjadi. Kalau ada kat rumah lagi senang kerja aku nak coret kisah2 baru dan menghantar cerpen kepada editor beberapa majalah kesukaan akukan. Namun buat masa ini perkara tu terpaksa dilupakan dahulu memandangkan aku telahpun mendahulukan perkara yg aku anggap lebih penting lagi buat masa ni. Amendanya tu yg penting sangat kan. Baru2 ni aku pergi beli printer baru jenama Brother model DCP-165c di Plaza Low Yat.




Hari Sabtu gi ushar dulu esoknya baru pergi beli. Kitaorang konvoi dua buah motor iaitu aku dan abah aku serta kakak dan abang ipar aku. Abang ipar aku tu pandai dlm bab2 gajet dan seangkatan dengannya so senanglah sikit. Lagi pula dia ramai member kat situ jadi boleh survey dulu dan senang buat banding harga. Benda tu bukan sahaja boleh print hasil karya aku ke apa2 yg aku taip tapi boleh dak guna utk fotostat, print gambar dan beberapa lagi yg aku tak habis selidik lagi lagi. Aku selalu guna pun utk print dan fotostat jer..yg lain2 tu tunggu dululah.




Memandangkan benda tu hak milik peribadi aku sesiapa yg nak 'pinjam' haruslah dengan keberadaan aku sekali. Kalau apa2 hal pun aku ada kat situ. Jadi aku harus lebih aktif dlm menghasilkan cerpen2 yg lebih berkualiti dan bermutu. Dan ada seorang kawan baik aku....kira macam adik sendiri usulkan aku supaya buat satu cerpen yg sedih mungkin boleh buat yg membaca turut berasa sedih( mungkin sampai kuar air mata kot). Aku sedang berusaha utk itu dan dlm masa yg sama sedang menaip satu cerpen yg agak hepi berbanding tadi. Dah siap sikit rasanya dlm dua tiga hari lagi boleh siap taip itupun ikut tahap kerajinan jugak. Apa yg penting kena usaha dan usaha mencari idea yg lebih menarik utk menarik perhatian editor dan pembaca....doa2kanlah yer.



No comments: