Thursday 12 February 2009

CERPEN : INSIDEN 31 DISEMBER



Hadiah harijadi yang istimewa bagi aku untuk tahun ni. Bukan apa cerpen tulisan aku telah disiarkan dalam majalah kesayangan aku ni untuk keluaran Januari 2009. Dan yang paling best cover dia penyanyi aku minat sangat2 bukan sekadar rupa tetapi secara keseluruhan pakej yang dia ada. Kira idola akulah Abang Fazley ni dan peluang bersua muka dengannya sebanyak 2 kali meninggalkan kenangan yang indah kerana dapat jumpa idola kita kan. 

Pihak editor telah menghubungi aku sebelum ini dan meminta aku menulis cerpen bertemakan tahun baru dan ada dateline yang perlu aku patuhi sedangkan sebelum ini aku tulis ikut idea dan mood jer. Sebelum tulis kisah Insiden 31 Disember ni aku ada tulis cerpen lain Rezeki Malam tapi kata editor panjang sangat tetapi bagus....wah puji diri sendiri tapi masa dia bagitau tu rasa karya kita yang tak seberapa tu dihargai sangat2.
Untuk itu aku berusaha untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan tidak terhad kepada satu penerbitan sahaja. So yang mana mengenali aku doa2kan kejayaan aku. Korang memang best!

No comments: