Thursday 12 February 2009

CERPEN : INSIDEN 31 DISEMBER



Hadiah harijadi yang istimewa bagi aku untuk tahun ni. Bukan apa cerpen tulisan aku telah disiarkan dalam majalah kesayangan aku ni untuk keluaran Januari 2009. Dan yang paling best cover dia penyanyi aku minat sangat2 bukan sekadar rupa tetapi secara keseluruhan pakej yang dia ada. Kira idola akulah Abang Fazley ni dan peluang bersua muka dengannya sebanyak 2 kali meninggalkan kenangan yang indah kerana dapat jumpa idola kita kan. 

Pihak editor telah menghubungi aku sebelum ini dan meminta aku menulis cerpen bertemakan tahun baru dan ada dateline yang perlu aku patuhi sedangkan sebelum ini aku tulis ikut idea dan mood jer. Sebelum tulis kisah Insiden 31 Disember ni aku ada tulis cerpen lain Rezeki Malam tapi kata editor panjang sangat tetapi bagus....wah puji diri sendiri tapi masa dia bagitau tu rasa karya kita yang tak seberapa tu dihargai sangat2.
Untuk itu aku berusaha untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan tidak terhad kepada satu penerbitan sahaja. So yang mana mengenali aku doa2kan kejayaan aku. Korang memang best!

MY 24TH BIRTHDAY

Kek harijadi berperisa blueberry

Aku dan kek besday

Anak buah dari kiri Muhd Rusydi, Muhd Dhiyaurahman Ali dan Nur Rasyiqah.
Yang aku peluk tu Nurul Jannah cuma Nurul Iman Nasuha jer x ada dlm ni

Makan ni sume favourite aku terutama kek batik yang aku buat sendiri tuk besday aku

Saat menjamu selera

Goodies beg sempena besday aku...ada rezeki lebih sedekah tuk budak2 masa kenduri abah aku
Ni rupanya dari dekat

Semoga hidup aku akan lebih diberkati Allah s.w.t dengan murahkan rezeki, panjang umur aku disamping kesihatan yang baik untuk bekerja. Doa2 gak supaya dapat kerja yang lebih baik dan menjamin. Jodoh tu serah pada yang lebih berkuasa untuk tentukan nak cari pun takut tersalah cari. Biarlah masa dan keadaan yang tentukan...Amin

Wednesday 11 February 2009

DAH BELI TAPI TAK BACA

Cantikkan cover novel2 ni tapi sayang walaupun dah lama aku beli tapi masih tak dibaca2 lagi. Tak taulah kenapa jadi camni. Buat masa sekarang aku malas nak baca novel yang tebal camni...penat nak habiskan kecuali novel yang aku betul2 teruja nak baca seperti karya terbaru Zaifuzaman Ahmad, Bila Lampu Padam dan karya Aina Emir, Nama aku N. Salah satu sebabnya hampir sume karya Zaifuzaman ni aku dah baca dan miliki dalam koleksiku manakala novel kedua tu nama aku pun mula dengan huruf N :)
Ada novel ni yang aku beli masa pesta buku 2006 baca sekerat jalan dan terus tutup buku jadi hiasan kat dalam almari. Tema utama ialah cinta dan jalan ceritanya sekarang hampir serupa jer berbeza dengan waktu mula2 aku minat baca novel ni. Kebanyakkan novel sekarang mempunyai plot yang hampir serupa antara satu sama lain menyebabkan aku kurang minat biarpun covernya cantik dan novelisnya kesukaan aku. Tapi ni pendapat daripada pembaca yang tak seberapa seperti aku..lainlah kalau peminat setia novel Melayu yang mana pendapat mereka akan diambil kira para novelis di luar sana.
Apa2 pun aku cuma berharap agar ada sesuatu yang baru akan ditampilkan oleh novelis di luar sana. Aku tahu bukan mudah untuk menggarap idea dan mengolahkan menjadi suatu cerita yang tebalnya beratus-ratus mukasurat ditambah lagi kekangan yang lain. Untuk menulis cerpen pun kadang-kadang bukan mudah untuk penulis amatur seperti aku walaupun pernah ke Minggu Penulis Remaja 2002. Kira ni sesi luahan pendapat jer.