Friday 6 June 2008

MY LAST DAY!!

Hari ni hari terakhir aku keje kat syarikat ni...sume barang aku dah kemas. So tak de apa yg tinggal...kerja2 yg terbengkalai pun dah beres. Sedih gak nak tinggalkan tempat ni walaupun masa mula2 keje aku tak berapa suka sangat coz sunyi. Yelah keje satu ofis dgn bos2 dan eksekutif kan bukan selalu ada kat ofis. Yang tinggal cume aku dan makcik Rohaya; pembantu pejabat. Borak dua orang jer... hampir dua tahun aku kat sini banyak benda yg aku belajar.


Dari tak ada pengalaman apa2 dlm bidang ni, kini aku rasa banyak benda yg aku belajar. Mungkin lepas ni aku kurang jenguk blog ni. Bukan apa selalu masa terluang kat ofislah aku selalu jenguk blog, up-date malah singgah ke blog2 lain. Nanti bila dah dok umah sementara nak cari keje baru payahlah nak jenguk blog selalu. Kat umah aku plak tak de internet lagi payah. Tapi kalau boleh aku x nak tinggalkan blog ni lame2. Kepada pengunjung yg sudi singgah janganlah tak datang plak bila baca entri aku ni...insyallah Rehanz ada lagi di sini...doakan supaya aku cepat dapat keje baru yang mungkin lebih baik dari apa yang aku peroleh sebelum ni....Amin.

No comments: