Monday 30 June 2008

PENAWAR DIRI

Assalamualikun wbt... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu saja merintih.... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita...


KENAPA AKU DIUJI?
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
(Surah al-Ankabut: ayat 2-3)


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
'boleh jadi kamu menbenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu: Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah; ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah: ayat 286)


RASA KECEWA?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah al-Imaran:ayat 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Hai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga di perbatasan negerimu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"
(Surah al-Imran:ayat 200)


"dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu' "
(Surah al-baqarah:ayat 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(Surah at-Taubah:ayat 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"...cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy' yang agung"
(Surah at-Taubah:ayat 129)


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"...janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusof:ayat 87)


semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah... sesungguhnya pada kitab suci Al-quranlah tempat kita merujuk segala permasalahan... kerana ia adalah penawar... penawar untuk kita... marilah kita kembali kepada Al-quran... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya

Friday 27 June 2008

KEMBALI LAGI!!

Salam buat semua,
Saya kembali lagi setelah baper lama dok biarkan rumah ni sunyi sepi....x de benda yg menarik sangat nak diceritakan bila dah berhenti keje ni kan cuma keje partime kat Jusco masih ada lagi. Itulah nyawa saya dari dulu biarpun macam2 masalah dan dugaan yang pernah melanda saya sepanjang berada di sana. Tak kenal maka tak cinta kan.


Sebenarnya bulan ni genap setahun saya mengenali alam blogging ni....rasa kejap jer. Di sini saya mula mengetahui alam blog ni sehingga saya pun ada blog sendiri. Yang lebih manis di sini juga saya dapat mengenali novelis2 tak kira yang lama atau baru serta dapat kenalan baru. Thanks to Kak Aleya Aneesa, Kak Dhiya Zafira, Adik Fad, Adik Liyana dan mereka yg sudi berkenalan dgn saya. Semoga perkenalan ini akan kekal untuk selamanya... (jiwang lah plak)

Wednesday 11 June 2008

PELIK TAPI WUJUD!

Pernah tak kita dengar nama pokok-pokok yang agak pelik dan memang pelik namanya. Kadangkala sampai nak tergelak dibuatnya. Kat bawah ni ada cebisan pokok yang pelik namanya...mungkin di sesetengah tempat namanya lain kan..


SELAMAT MENJAMU MATA!!!


Pokok bunga kembang songsang


Bunga loceng @ bunga corong
Pokok bunga tiga bulan


Pokok bangun-bangun


Pokok manggar

Pokok telinga rusa

Pokok pecah kaca


Pokok jarak pagar


Pokok janggut adam

Pokok nenas kerang

Pokok balik angin

Pokok ekor anjing
























Saturday 7 June 2008

DALAM SUJUD TERAKHIRKU

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku


Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
kumenangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang


Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh


Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar kukembali dalam pelukan hidayahMu


Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta

Friday 6 June 2008

MY LAST DAY!!

Hari ni hari terakhir aku keje kat syarikat ni...sume barang aku dah kemas. So tak de apa yg tinggal...kerja2 yg terbengkalai pun dah beres. Sedih gak nak tinggalkan tempat ni walaupun masa mula2 keje aku tak berapa suka sangat coz sunyi. Yelah keje satu ofis dgn bos2 dan eksekutif kan bukan selalu ada kat ofis. Yang tinggal cume aku dan makcik Rohaya; pembantu pejabat. Borak dua orang jer... hampir dua tahun aku kat sini banyak benda yg aku belajar.


Dari tak ada pengalaman apa2 dlm bidang ni, kini aku rasa banyak benda yg aku belajar. Mungkin lepas ni aku kurang jenguk blog ni. Bukan apa selalu masa terluang kat ofislah aku selalu jenguk blog, up-date malah singgah ke blog2 lain. Nanti bila dah dok umah sementara nak cari keje baru payahlah nak jenguk blog selalu. Kat umah aku plak tak de internet lagi payah. Tapi kalau boleh aku x nak tinggalkan blog ni lame2. Kepada pengunjung yg sudi singgah janganlah tak datang plak bila baca entri aku ni...insyallah Rehanz ada lagi di sini...doakan supaya aku cepat dapat keje baru yang mungkin lebih baik dari apa yang aku peroleh sebelum ni....Amin.

Thursday 5 June 2008

RAHSIA HARI LAHIR WANITA

ISNINWanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam berkerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.

JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan kanak-kanak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.

AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang lain tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros.

Wednesday 4 June 2008

Monday 2 June 2008

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Hari Sabtu lepas aku gi Kelab Darul Ehsan coz ada jamuan majlis perpisahan untuk semua staff. Jenuh gak nak cari tempat jamuan tu lagipun dorang tak bagitau way kat area mane. Janji pukul 8.30 dah mula tapi seperti biasa janji Melayu kan pukul 9.00 baru start dgn bacaan doa kemudian ucapan pengarah seta wakil staff. Lepas tu ada cenderahati untuk semua staff. Perut pun dah berkeroncong so gi makan dulu. Ada yang sibuk berkaraoke ntah apa2 lagu. Ialah orang lama kan lagu pun dah berzaman, ada yg aku sendiri x pernah dgr pun dorang nyanyi. Tak kira sumbang ke, pitching lari ke sume main hentam jer. Aku asyik dok gelak jer kat situ. Pastu ada cabutan nombor bertuah. Rezeki aku dapatlah tapi hadiah biasa jerlah. Yang buat aku ketawa ialah aku yang balut hadiah dan aku yang dapat...sendiri balut sendri dapat hahaha!!! Kul 12.00 kitaorang balik, tinggal bebudak lelaki jer yang tak habis 'menyumbangkan' lagu...esok nak bangun awal plak nak gi kenduri kahwin kat Saujana Puchong....nanti kalau ada masa saya cuba letak gambar yer....adios