Wednesday 14 May 2008

KATA HATI - NOVEL TERATAK KENARI

Daripada sinopsis - Kemanisan bulan madu Zakuan dan Noridah hilang bila ayah Zakuan, Datuk Raihan menghadiahkan sebuah banglo di Muar sempena perkahwinan mereka. Pada mulanya, Zakuan dan Noridah enggan menerimanya kerana sudah banyak terhutang budi kepada orang tua itu namun setelah dipujuk oleh Datin Zakiah, ibu Zakuan, akhirnya mereka akur.



Kisah bermula setelah Zakuan dan Noridah mendiami banglo itu. Noridah sering terdengar bunyi suara orang bertengkar dalam rumahnya tetapi dia tidak tahu dari mana datangnya suara itu. Kebimbangan Noridah disuarakan kepada Zakuan namun suaminya itu tidak mempercayainya.


Noridah mula rasa tertekan. Kemunculan gadis dahi berlubang pada siang hari telah mengganggu emosi Noridah. Noridah menjadi bertambah takut dan fobia apabila ditinggalkan keseorangan. Sekali lagi dia menyuarakannya kepada Zakuan namun Zakuan masih tidak mempercayainya.


Akhirnya tanpa pengetahuan Zakuan, Noridah telah dirasuk oleh gadis dahi berlubang itu. Dia telah mula berdialog dengan gadis itu dan mula leka dengan dunia khayalannya. Setiap kali Zakuan pulang dari kerja, Noridah sibuk melukis dan tidak menghiraukan makan minum Zakuan.


Perubahan yang mendadak itu telah merunsingkan hati Zakuan. Bila Zakuan menegur, dia menjadi semakin ganas. Memekik, terlolong tak tentu pasal. Seorang bomoh telah dipanggil untuk memulihkan semangat Noridah namun hampa. Bomoh itu sendiri telah tewas dengan kekuatan semulajadi yang ada pada diri Noridah. Zakuan menjadi bertambah runsing.



Apakah yang akan terjadi pada Noridah? Dapatkah Zakuan menyelamatkan isterinya dari gangguan gadis dahi berlubang itu? Semuanya akan terjawab dalam novel yang penuh misteri ini.



Daripada kata hati aku -
Pada aku tak perlu pertikaikan lagi dengan garapan Zaifizaman Ahmad sebagai novelis yg menulis dlm genre seram/ mistik/ misteri. Ada unsur percintaan tetapi tidak begitu ketara dan kalau ada hanya sebaris dua ayat berbanding novelis wanita yg menggunakan ayat berbunga2 dan kisah cinta yg mendalam. Ada 38 bab semuanya dan kisah misteri ini telah bermula di bab 3 sewaktu Zakuan dan Noridah meninjau keadaan banglo yg telah lama tidak berpenghuni.

Noridah sudah mula berasa seram seolah-olah ada 'seseorang' yg sedang memerhatikannya. Dia terpaksa menurutkan kemahuan suaminya untuk tinggal di banglo itu. Pada waktu malam ketika hendak tidur tiba-tiba dia mendengar suara orang bertengkar dan kemudian bunyi das tembakan.Ada situasi yang jika dihayati betul-betul boleh mendatangkan keseraman. Masa aku baca pun camtu gak terasa seram sorang-sorang walaupun kat keliling aku ada ramai orang. Contohnya apabila Noridah mengeringkan air dari tab mandi tanpa dia sedari muncul kepala seorang perempuan berambut panjang. Semakin air surut kelihatan sesusuk tubuh terbaring kaku di dlm tab itu.
Wajahnya pucat,seluruh tubuhnya juga pucat dan di tengah-tengah dahinya ada lubang kecil. Melalui lubang itu mengalir darah pekat turun membasahi badannya.. Hah!Kemudian ketika dia mula dirasuk oleh gadis itu tanpa dia sendiri tahu. Sementara itu Zakuan pula seringkali melihat seorang lelaki berbadan besar berdiri di tepi jalan sambil merenung ke arahnya ketika ingin keluar bekerja. Wajahnya tidak kelihatan kerana tersembunyi di sebalik topi besarnya. Pada mulanya Zakuan tidak menghiraukan lelaki itu tetapi berasa pelik apabila melihat lelaki yang sama setiap kali ingin keluar bekerja.
Kemuncak cerita ini apabila keadaan Noridah semakin teruk dan mengganas hinggakan ibubapa Zakuan tinggal di rumah itu untuk membantu Zakuan. Begitu juga dengan sahabat Zakuan, Suffian bersama teman wanitanya yg turut membantu Zakuan yg kebingungan dgn masalah yg menimpa isterinya. Setelah bomoh yg dipanggil tidak berjaya merawat Noridah menggunakan jin dlm rawatannya.Kemunculan Iman Malik memberikan harapan kepada Zakuan dan keluarganya untuk memulihkan Noridah. Namun ianya tidak mudah yang disangka lantaran gadis dahi berlubang itu degil dan tidak mahu melepaskan tubuh Noridah.
Beberapa bab terakhir agak mendebarkan dgn gangguan yg dihadapi oleh ahli keluarga Zakuan. Juga tidak ketinggalan dialog antara gadis itu dengan Imam Malik dan terbongkarnya rahsia siapa gadis dahi berlubang itu. Novel ini tidak mengecewakan aku yg banyak membaca karya2-nya sebelum ini. Cara olahannya menarik berbeza daripada novel-novelnya yang lain. Sesekali lari dari tema percintaan yg kadang-kala agak membosankan dengan tema yg sama cuma teknik pengolahan yg sedikit berbeza anatara satu sama lain. Tambahan pula temasebegini kurang di pasaran dan itulah yg menjadi pilihan aku.

No comments: