Monday 5 May 2008

BAHAN TERLARANG DLM PRODUK KOSMETIK

Sebagai seorang wanita kita tidak boleh lari daripada produk kosmetik. Tapi tahukah kita bahawa ada sesetengah produk yang menggunakan bahan-bahan terlarang di dalam produk mereka yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Oleh kerana tiada standard khusus ditetapkan bagi menentukan keselamatan produk, jadi lebih baik jika kita menjadi watchdog sendiri. Info ini diambil daripada sebuah majalah.



1.ALPHA-HYDROXY ACIDS (AHA)

Ada dalam: Pelembap, toner, pembersih muka, mask dan krim anti penuaan

Perlu hati-hati: AHA dikenali kerana ia membantu mempercepatkan pengusiran sel kulit mati. Tetapi ia juga boleh meningkatkan sensiviti kulit kepada pancaran matahari sebanyak 50% dan menyebabkan penuaan kulit lebih cepat dan mungkin juda mendedahkan anda kepada kanser kulit

Selamat jika: AHA selamat digunakan jika kandungan peratusnya kurang daripada 10%


2.FORMALDEHYE

Ada dalam: Pewarna kuku, syampu, sabun dan krim muka

Perlu hati-hati: Ia mudah meresap ke dalam kulit dan menyebabkan reaksi alergi, pening kepala dan mungkin juga asma (lelah). kandungannya jika disenaraikan kesemuanya sering didaftarkan sebagai formalin. Penggunaannya dalam produk kosmetik diharamkan di Jepun dan Sweden

Selamat jika: Anda baca label dengan teliti dan perhatikan jika ada tanda amaran di situ.


3.PROPYLENE GLYCOL

Ada dalam: Losyen penghalang matahari, gincu bibir dan produk mandian

Perlu hati-hati: Ia juga dikatakan menjadi punca masalah hati dan buah pinggang. Boleh menyebabkan kerengsaan pada mata dan kulit.

Selamat jika: Cuba elakkannya dan gunakan produk alternatif yang mengandungi glycerin dan sorbitol


4.SODIUM LAURYL SULFATE

Ada dalam: Buih mandian, ubat gigi, syampu dan losyen

Perlu hati-hati: Ia boleh memasuki sistem badan termasuk dalam otak, hati dan jantung. Ia dikaitkan dengan kerengsaan mata, ruam kulit dan reaksi alergi

Selamat jika: Anda cari produk lain yang kurang berisiko


5.TALC

Ada dalam: Alat kosmetik dan bedak badan

Perlu hati-hati: Mineral talc dikaitkan dengan kanser ovari

Selamat jika: Anda elakkan menggunakan bedak berasaskan talc pada bahagian alat kelamin


6.MINERAL OIL

Ada dalam: Pencuci kotoran alat solek, gincu bibir dan losyen

Perlu hati-hati: Ia dikaitkan dengan pori-pori tersumbat hingga menjadi penyebab kanser kulit. Ia tidak membenarkan kulit untuk 'bernafas'

Selamat jika: Elakkan sahaja....


7.METHYL METHACRYLATE

Ada dalam: Produk kecantikkan kuku

Perlu hati-hati: bahan kimia ini dikaitkan dengan infeksi fungal dan segala macam masalah kuku. Penggunaan berlarutan akan menyebabkan masalah mata, kulit, fungsi abnormal hati dan buah pinggang dan masalah tumbesaran.

Selamat jika: Gunakan produk yang mengandungi Ethyl Methacrylate meskipun ia agak mahal sebagai gantinya.Lagipun, bukankah kesihatan lebih berharga?


Kalau ada maklumat yang kurang tepat di sini harap maklumkan yer. Harap lebih berhati-hati dalam membeli sebarang produk kecantikkan kerana kesannya tidak dilihat dalam jangka masa terdekat. Semakin lama kita menggunakannya semakin kita terdedah kepada penyakit yang serius. Fikir-fikirkanlah. Nasib baik saya tak pakai produk kecantikan ni setakat pencuci muka Safi jer (setahun tak sampai 5 kali pun pakai make-up..hehe)

No comments: