Friday 16 May 2008

JASAMU KU KENANG

FOR MY TEACHERS

I wrote this for you because

I wanted you to know

That I'm grateful for your hard

work in helping me to grow

For your cnstant

understanding and for always

being there

To tell me I can do it and to

show me that you care!


THANK YOU SO MUCH, YOU'RE THE GREAT TEACHER FOR ME


1.PN.HALIMAH HAMZAH - yg mula2 ngajar aku cakap omputih masa darjah 1 Melur.


2.PN. HUSNA MOHD ALI & CIKGU FAISAL MOHD ALI - adik bradik yg ngajar aku masa darjah 2 Melur. Pn.Husna gi kursus kalo x salah dan adik dia yg gantikan kejap. Dgn dua2 cikgu ni merasalah aku jadi anak murid kesayangan sekejap. Selalu jadi 'jaga' tulis nama budak2 yg bising masa cikgu x ada. Penah gak dpt upah bila tolong cikgu wat keje... sayangnya mereka x lama kat sekolah tu dan aku pun x tahu di mana mereka kini.


3.EN.MOHD SAFRI ISHAK - kira cikgu popular kat sekolah coz cikgu paling tinggi & handsome kot. Jadi guru kelas masa darjah 5 & 6 Tanjung. Sekarang keje kat JPWP...selalu gak jumpa kat Jusco dgn famili & beliau still kenal aku dan kakak aku sekali (penah ajar kakak aku)


4.SIR ADZLAN BAHARUDDIN - dr darjah 4 hingga 6 beliau jadi cikgu BI aku. Salah seorang guru BI terbaik yg penah ngajar aku. Dulu ada dengar cite beliau sambung blaja.


5.PN.ROKMAA - ngajar aku B.Melayu utk dua thn (form 1& 2). Orang pertama yg kesan bakat aku dlm bidang penulisan & selalu support aku utk mengasah bakat. Aku sangat2 menghargainya. Kalo ada apa2 pertandingan yg berkaitan orang pertama yg dicari...aku.Bkn nak tunjuk bagus yer. Kali terakhir aku dengar beliau sekarang di JPWP. Terima kasih banyak2 cikgu


6.USTAZAH NORLAILA - guru baru masa aku form 2...seorang ustazah yg sporting dgn loghat Kelate masa ngajar. Bertemu kembali di Jusco dan kini mengajar di SMAKL (kira Jusco tempat jejak semula mereka yg 'terhilang' drpd pandangan hihi!)


7.PN. NOORHANA HASHIM - cikgu ni dh jadi rekod peribadi aku sbg guru yg paling lama ngajar masa sekolah menengah. Lima thn mengajar B.Inggeris dr 1998-2000 dan 2003-2004. Sporting gak & cara dia ajar mudah faham. Skrg dh tukar ke sekolah lain.


8.PN. VIJAYA - ajar aku B.melayu masa form 3 dan Sejarah Asia Tenggara (betul ke ni) masa form 6.


9.PN. MAHERAN - guru K.Hidup masa form 3 dan guru Ekonomi merangkap guru kelas masa form 6. Yg klakar masa tingkatan 6 Atas beliau sendiri terpaksa blajar balik subjek Eko coz dh lapan thn x ngajar. Masa masuk ke sekolah aku dulu, kekurangan cikgu K.H so cikgu aku ni 'terpaksa rela' kena ngajar subjek walaupun dia dlm bidang Eko. Dr Manchester Universiti lagi...so masa tu sama2 blaja, mana yg pandai Eko pula tolong cikgu.


10.PN ZAINORRAINI NOORDIN - nama ayah kitaorg same kan. Seorang lagi cikgu yg telah berjasa besar pd aku. Juga mengetahui bakat aku dlm bidang penulisan dan sentiasa memberi peluang kalo ada apa2 pertandingan. Beliau juga yg bg aku peluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif Remaja anjuran beberapa persatuan penulis & DBP. Hasilnya cerpen aku terpilih dan dimuatkan dalam buku antologi cerpen Suara Generasi Baru 2 pada 2001 masa aku form 4


11.PN. ROZITA ISMAIL - guru Biologi yg hebat bg aku. Aku mengaguminya sebagai seorang guru yg simple dan cara beliau mengajar dlm kelas. Dalam banyak2 cikgu kat sekolah dgn beliau aku paling banyak bergambar bersama. Ntahlah mungkin sebab aku suka dgn karakternya. Skrg ajar adik aku bg subjek yg sama plak.


12.PN. ONG MENG SENG - guru Sejarah masa form 4 & 5. Ramai yg x minat Sejarah tpi aku still dengar apa yg beliau ckp kat kelas walaupun bab yg diajar tu x menarik langsung. Apa yg best dia masih ingat aku lagi. Penah sekali aku aku terserempak dgn beliau dlm bas masa aku nak gi keje. Aku dh perasaan dr awal tapi takut nak tegur kalo2 dia x kenal. Udahlah dlm bas 2 ramai org wat malu jer nanti. Pastu dia terpandang aku & tegur aku dulu. Hihi sorry teacher!


13.PN.NORMAH MD. ALI - cikgu B.M masa form 6. beliau juga sering bg support pd aku utk terus bergiat dlm bidang penulisan. Seronok blajar BM dgn beliau dan beliau pernah jadi guru yg menguruskan majalah sekolah kitaorg ' TENAGA'. Masa tu satu kelas terlibat dan aku sendiri terpilih menjadi ketua bg karya B.Melayu.


14.EN. VALUSAMY - ajar Sejarah Tamadun Dunia & Tamadun Islam. Seorang yg banyak pengalaman yg sering menyampaikan ilmu2 tambahan masa mengajar. Agak kelakar juga orangnya.


15.EN. ZAHANORDIN - guru Pengajian Am yg cukup sporting giler. Sering bg motivasi agar berusaha bersungguh utk ke menara gading. Kelas kami pernah sampai ke Parlimen dgn usaha Cikgu Zahan semata2 utk memberi pendedahan kpd anak didiknya. So merasalah masuk ke bangunan Parlimen dan melihat sendiri Parlimen bersidang serta bertemu dgn peguam kontrovesi skrg ,Karpal Singh & Teresa Kok


Juga jutaan terima kasih kepada Pn. Meriani, Pn. Padzillah, En Lam Kok Hong, Pn. Wan Nazlah, Pn. Loke Lee Lin, Pn. Asnor, Pn. Shamsiah, En. Azmi, Ustazah Tuan Ruzana, Datin Nuritun Ashikin, Pn. Rubiah Mawi, Pn. Jeeva, Pn. Norlizah Bidin, Pn. Maria Bee, Ustazah Aslina Amin, Pn. Jamilah, Cikgu Nor Azilah Dahalan dan kepada sesiapa sahaja yg pernah menjadikan aku sebagai anak didik kerana telah memberikan aku ilmu pengetahuan yg tidak ternilai harganya. Tiada apa yg mampu aku balas selain ucapkan terima kasih padamu cikgu. Jasamu akan ku kenang selagi ada denyutan nadiku di dunia ini.


SELAMAT HARI GURU 2008 !!!

No comments: