Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
Saturday, 31 May 2008
Friday, 23 May 2008
CONGRATULATIONS!

Sebenarnya saya nak ucapkan tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada KIERAN yg bakal melangsungkan pernikahannya hujung minggu ni. Pasangannya berasal drpd Puchong sementara Kieran pula orang Klang. So dua-dua orang Selangor. Warna tema majlis di pihak perempuan ialah coklat & pihak Kieran pulak nanti warna hijau dan ahli keluarga terdekat juga memakai baju warna sedondon. Mesti kat majlis tu nanti meriah dgn kehadiran ramai rakan artis dan kenalannya. Majlis persandingan pihak lelaki pd awal Jun nanti di rumah ibunya di Klang. Akhirnya dia bertemu jodoh lgpun bukan muda lagi kan dah 33 thn, kira dah patut kahwin pun...hihihi!
Apa2 pun SELAMAT PENGANTIN BARU utk dia. Sayangnya saya tak dapat pergi masa dia nikah nanti. Apa nak buat dah TERPAKSA!!! Nak wat camner kan...biarlah 'mereka' dgn 'keluarga mereka'. Pada yg baca entri ni jgn terkejut lak dgn apa yg aku tulis. Biasalah manusiakan bila dah lama terpendam lebih bahaya so baik luahkan.
SIBUK MENGEMAS
Mana yg tak pakai buanglah tapi kertas2 aku tak buang, kan boleh jual dan membantu selamatkan bumi dgn mengitar semula kertas. Secara tak langsung boleh selamatkan pokok-pokok juga drpd terus ditebang sampai togel dh kawasan hutan kita. Walaupun ni perkara kecil tapi sumbangannya besar. Alamak terlebih sudah !!!
So skrg kerja aku hanya berkemas dan berkemas. Lepas tu mana fail-fail yg tak guna dh dlm komputer aku nak buang plak...skrg ni semak dgn macam2 fail. Biar kosong sikit lgpun sape nak guna komputer aku tu lepas ni. Udah siap sume baru aku nak kemaskan barang2 aku yg pernah 'terdampar' kat sini. Okaylah....adios...
Wednesday, 21 May 2008
LUCUNYER...
Seorang banduan menerima surat daripada isterinya.
"Bang, saya bercadang nak tanam kangkung di kebun belakang rumah kita. Agaknya bang, bila masa yang sesuai untuk menyemai?" tulis isterinya dalam surat itu.
Banduan itu pun membalasnya. Dia juga tahu surat yang dihantar akan dibaca oleh warden penjara terlebih dahulu.
"Awak boleh lakukan apa sahaja. Tapi jangan sentuh kebun tu sebab di situlah saya sembunyikan semua duit yang saya curi tu," balas si suami.
Seminggu selepas itu banduan tersebut menerima sepucuk lagi surat daripada isterinya.
"Bang, dua hari yang lalu ada beberapa anggota polis datang membawa cangkul dan menggali tanah di kebun kita tu."
Banduan itu membalas surat si isteri, "Jangan risau sayang. Sekaranglah masa yang sesuai untuk menanam kangkung."
LUPA DIRI
Semua kaunter pemeriksaan tiket di KLIA, Sepang penuh sesak dengan penumpang. Kelihatan orang ramai sedang sibuk 'check-in'. Dalam keadaan yang sesak itu, seorang lelaki terus memotong barisan lalu ke hadapan kaunter dan menyerahkan tiketnya tanpa mempedulikan orang lain yang sedang beratur.
"Encik tak boleh buat macam ni. Nanti orang lain marah. Lagipun encik kena beratur macam orang lain jugak," kata petugas kaunter.
"Lambat sangat la, dah hampir setengah jam saya tunggu," jawab lelaki itu.
"Kami dah cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih pantas. Maaf, apapun encik kena beratur di belakang sana,"terang petugas kaunter itu.
"Berani awak cakap pada saya macam tu! Awak tahu saya ni siapa?" tengking lelaki itu sambil mencekakkan pinggangnya.
Petugas kaunter itu menggelengkan kepalanya lalu mencapai mikrofon dan dengan selambanya membuat pengumuman: "Tuan-tuan dan puan-puan. Ada seorang lelaki di depan kaunter ini tidak tahu siapa dirinya. Sesiapa yang kehilangan saudara ataupun mengenali lelaki ini, sila ke hadapan. Terima kasih.
Tuesday, 20 May 2008
HADIAH HARI GURU 2008
BELI DI PASAR SENI |
Nasib baik adik aku sekolah di tempat yang sama. Aku bagilah upah sedikit sebab dia dah tolong hantarkan hadiah-hadia ni bagi pihak aku. Siap ambil gambar lagi tu!
PN. NORMAH & PN.ZAINORRAINI |
PN. VIJAYA |
USTZ. TUAN RUZANA |
PN. ROZITA. ALAMAK TUTUP MATA LAH PULA! :) |
EN. VALUSAMY |
USTAZAH ASLINA AMIN |
Hadiah hari guru buat guru-guru bertuah yg pernah mendidik aku suatu ketika dahulu...cenderamata ni aku baru beli di Central Market semalam. Dua batang pen tu istimewa utk En.Valusamy dan En. Shan. En. Shan bukan guru tetapi bekerja di pusat sumber sekolah.
Disebabkan hari2 tgk muka aku dgn geng tingkatan enam kat library , beliau pun dh kenal kitaorg &bg sedikit kelonggaran pd budak2 ni (kitaorg lah tu!) 'melepak' kat situ. Sedikit jer coz beliau seorang yg agak cerewet...hihihi...HAPPY TEACHER'S DAY. Adik aku akan jadi posmen utk bg hadiah ni kat guru2 aku di sekolah.
Disebabkan hari2 tgk muka aku dgn geng tingkatan enam kat library , beliau pun dh kenal kitaorg &bg sedikit kelonggaran pd budak2 ni (kitaorg lah tu!) 'melepak' kat situ. Sedikit jer coz beliau seorang yg agak cerewet...hihihi...HAPPY TEACHER'S DAY. Adik aku akan jadi posmen utk bg hadiah ni kat guru2 aku di sekolah.
Friday, 16 May 2008
JASAMU KU KENANG
I wrote this for you because
I wanted you to know
That I'm grateful for your hard
work in helping me to grow
For your cnstant
understanding and for always
being there
To tell me I can do it and to
show me that you care!
THANK YOU SO MUCH, YOU'RE THE GREAT TEACHER FOR ME
1.PN.HALIMAH HAMZAH - yg mula2 ngajar aku cakap omputih masa darjah 1 Melur.
2.PN. HUSNA MOHD ALI & CIKGU FAISAL MOHD ALI - adik bradik yg ngajar aku masa darjah 2 Melur. Pn.Husna gi kursus kalo x salah dan adik dia yg gantikan kejap. Dgn dua2 cikgu ni merasalah aku jadi anak murid kesayangan sekejap. Selalu jadi 'jaga' tulis nama budak2 yg bising masa cikgu x ada. Penah gak dpt upah bila tolong cikgu wat keje... sayangnya mereka x lama kat sekolah tu dan aku pun x tahu di mana mereka kini.
3.EN.MOHD SAFRI ISHAK - kira cikgu popular kat sekolah coz cikgu paling tinggi & handsome kot. Jadi guru kelas masa darjah 5 & 6 Tanjung. Sekarang keje kat JPWP...selalu gak jumpa kat Jusco dgn famili & beliau still kenal aku dan kakak aku sekali (penah ajar kakak aku)
4.SIR ADZLAN BAHARUDDIN - dr darjah 4 hingga 6 beliau jadi cikgu BI aku. Salah seorang guru BI terbaik yg penah ngajar aku. Dulu ada dengar cite beliau sambung blaja.
5.PN.ROKMAA - ngajar aku B.Melayu utk dua thn (form 1& 2). Orang pertama yg kesan bakat aku dlm bidang penulisan & selalu support aku utk mengasah bakat. Aku sangat2 menghargainya. Kalo ada apa2 pertandingan yg berkaitan orang pertama yg dicari...aku.Bkn nak tunjuk bagus yer. Kali terakhir aku dengar beliau sekarang di JPWP. Terima kasih banyak2 cikgu
6.USTAZAH NORLAILA - guru baru masa aku form 2...seorang ustazah yg sporting dgn loghat Kelate masa ngajar. Bertemu kembali di Jusco dan kini mengajar di SMAKL (kira Jusco tempat jejak semula mereka yg 'terhilang' drpd pandangan hihi!)
7.PN. NOORHANA HASHIM - cikgu ni dh jadi rekod peribadi aku sbg guru yg paling lama ngajar masa sekolah menengah. Lima thn mengajar B.Inggeris dr 1998-2000 dan 2003-2004. Sporting gak & cara dia ajar mudah faham. Skrg dh tukar ke sekolah lain.
8.PN. VIJAYA - ajar aku B.melayu masa form 3 dan Sejarah Asia Tenggara (betul ke ni) masa form 6.
9.PN. MAHERAN - guru K.Hidup masa form 3 dan guru Ekonomi merangkap guru kelas masa form 6. Yg klakar masa tingkatan 6 Atas beliau sendiri terpaksa blajar balik subjek Eko coz dh lapan thn x ngajar. Masa masuk ke sekolah aku dulu, kekurangan cikgu K.H so cikgu aku ni 'terpaksa rela' kena ngajar subjek walaupun dia dlm bidang Eko. Dr Manchester Universiti lagi...so masa tu sama2 blaja, mana yg pandai Eko pula tolong cikgu.
10.PN ZAINORRAINI NOORDIN - nama ayah kitaorg same kan. Seorang lagi cikgu yg telah berjasa besar pd aku. Juga mengetahui bakat aku dlm bidang penulisan dan sentiasa memberi peluang kalo ada apa2 pertandingan. Beliau juga yg bg aku peluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif Remaja anjuran beberapa persatuan penulis & DBP. Hasilnya cerpen aku terpilih dan dimuatkan dalam buku antologi cerpen Suara Generasi Baru 2 pada 2001 masa aku form 4
11.PN. ROZITA ISMAIL - guru Biologi yg hebat bg aku. Aku mengaguminya sebagai seorang guru yg simple dan cara beliau mengajar dlm kelas. Dalam banyak2 cikgu kat sekolah dgn beliau aku paling banyak bergambar bersama. Ntahlah mungkin sebab aku suka dgn karakternya. Skrg ajar adik aku bg subjek yg sama plak.
12.PN. ONG MENG SENG - guru Sejarah masa form 4 & 5. Ramai yg x minat Sejarah tpi aku still dengar apa yg beliau ckp kat kelas walaupun bab yg diajar tu x menarik langsung. Apa yg best dia masih ingat aku lagi. Penah sekali aku aku terserempak dgn beliau dlm bas masa aku nak gi keje. Aku dh perasaan dr awal tapi takut nak tegur kalo2 dia x kenal. Udahlah dlm bas 2 ramai org wat malu jer nanti. Pastu dia terpandang aku & tegur aku dulu. Hihi sorry teacher!
13.PN.NORMAH MD. ALI - cikgu B.M masa form 6. beliau juga sering bg support pd aku utk terus bergiat dlm bidang penulisan. Seronok blajar BM dgn beliau dan beliau pernah jadi guru yg menguruskan majalah sekolah kitaorg ' TENAGA'. Masa tu satu kelas terlibat dan aku sendiri terpilih menjadi ketua bg karya B.Melayu.
14.EN. VALUSAMY - ajar Sejarah Tamadun Dunia & Tamadun Islam. Seorang yg banyak pengalaman yg sering menyampaikan ilmu2 tambahan masa mengajar. Agak kelakar juga orangnya.
15.EN. ZAHANORDIN - guru Pengajian Am yg cukup sporting giler. Sering bg motivasi agar berusaha bersungguh utk ke menara gading. Kelas kami pernah sampai ke Parlimen dgn usaha Cikgu Zahan semata2 utk memberi pendedahan kpd anak didiknya. So merasalah masuk ke bangunan Parlimen dan melihat sendiri Parlimen bersidang serta bertemu dgn peguam kontrovesi skrg ,Karpal Singh & Teresa Kok
Juga jutaan terima kasih kepada Pn. Meriani, Pn. Padzillah, En Lam Kok Hong, Pn. Wan Nazlah, Pn. Loke Lee Lin, Pn. Asnor, Pn. Shamsiah, En. Azmi, Ustazah Tuan Ruzana, Datin Nuritun Ashikin, Pn. Rubiah Mawi, Pn. Jeeva, Pn. Norlizah Bidin, Pn. Maria Bee, Ustazah Aslina Amin, Pn. Jamilah, Cikgu Nor Azilah Dahalan dan kepada sesiapa sahaja yg pernah menjadikan aku sebagai anak didik kerana telah memberikan aku ilmu pengetahuan yg tidak ternilai harganya. Tiada apa yg mampu aku balas selain ucapkan terima kasih padamu cikgu. Jasamu akan ku kenang selagi ada denyutan nadiku di dunia ini.
SELAMAT HARI GURU 2008 !!!
Thursday, 15 May 2008
KENANGAN LAMA: SEKOLAH KU





Kelas tingkatan enam paling atas dan hujung sekali.
Ah, rindunya pada kenangan lalu. Saya agak sensitif bila melalui jalan di kawasan ini. Terbayang zaman jadi budak sekolah dgn mereka yg kini entah di mana. Nanti saya sambung lagi adios......
Wednesday, 14 May 2008
KATA HATI - NOVEL TERATAK KENARI

Kisah bermula setelah Zakuan dan Noridah mendiami banglo itu. Noridah sering terdengar bunyi suara orang bertengkar dalam rumahnya tetapi dia tidak tahu dari mana datangnya suara itu. Kebimbangan Noridah disuarakan kepada Zakuan namun suaminya itu tidak mempercayainya.
Noridah mula rasa tertekan. Kemunculan gadis dahi berlubang pada siang hari telah mengganggu emosi Noridah. Noridah menjadi bertambah takut dan fobia apabila ditinggalkan keseorangan. Sekali lagi dia menyuarakannya kepada Zakuan namun Zakuan masih tidak mempercayainya.
Akhirnya tanpa pengetahuan Zakuan, Noridah telah dirasuk oleh gadis dahi berlubang itu. Dia telah mula berdialog dengan gadis itu dan mula leka dengan dunia khayalannya. Setiap kali Zakuan pulang dari kerja, Noridah sibuk melukis dan tidak menghiraukan makan minum Zakuan.
Perubahan yang mendadak itu telah merunsingkan hati Zakuan. Bila Zakuan menegur, dia menjadi semakin ganas. Memekik, terlolong tak tentu pasal. Seorang bomoh telah dipanggil untuk memulihkan semangat Noridah namun hampa. Bomoh itu sendiri telah tewas dengan kekuatan semulajadi yang ada pada diri Noridah. Zakuan menjadi bertambah runsing.
Apakah yang akan terjadi pada Noridah? Dapatkah Zakuan menyelamatkan isterinya dari gangguan gadis dahi berlubang itu? Semuanya akan terjawab dalam novel yang penuh misteri ini.
Daripada kata hati aku -
Pada aku tak perlu pertikaikan lagi dengan garapan Zaifizaman Ahmad sebagai novelis yg menulis dlm genre seram/ mistik/ misteri. Ada unsur percintaan tetapi tidak begitu ketara dan kalau ada hanya sebaris dua ayat berbanding novelis wanita yg menggunakan ayat berbunga2 dan kisah cinta yg mendalam. Ada 38 bab semuanya dan kisah misteri ini telah bermula di bab 3 sewaktu Zakuan dan Noridah meninjau keadaan banglo yg telah lama tidak berpenghuni.
Noridah sudah mula berasa seram seolah-olah ada 'seseorang' yg sedang memerhatikannya. Dia terpaksa menurutkan kemahuan suaminya untuk tinggal di banglo itu. Pada waktu malam ketika hendak tidur tiba-tiba dia mendengar suara orang bertengkar dan kemudian bunyi das tembakan.Ada situasi yang jika dihayati betul-betul boleh mendatangkan keseraman. Masa aku baca pun camtu gak terasa seram sorang-sorang walaupun kat keliling aku ada ramai orang. Contohnya apabila Noridah mengeringkan air dari tab mandi tanpa dia sedari muncul kepala seorang perempuan berambut panjang. Semakin air surut kelihatan sesusuk tubuh terbaring kaku di dlm tab itu.
Wajahnya pucat,seluruh tubuhnya juga pucat dan di tengah-tengah dahinya ada lubang kecil. Melalui lubang itu mengalir darah pekat turun membasahi badannya.. Hah!Kemudian ketika dia mula dirasuk oleh gadis itu tanpa dia sendiri tahu. Sementara itu Zakuan pula seringkali melihat seorang lelaki berbadan besar berdiri di tepi jalan sambil merenung ke arahnya ketika ingin keluar bekerja. Wajahnya tidak kelihatan kerana tersembunyi di sebalik topi besarnya. Pada mulanya Zakuan tidak menghiraukan lelaki itu tetapi berasa pelik apabila melihat lelaki yang sama setiap kali ingin keluar bekerja.
Kemuncak cerita ini apabila keadaan Noridah semakin teruk dan mengganas hinggakan ibubapa Zakuan tinggal di rumah itu untuk membantu Zakuan. Begitu juga dengan sahabat Zakuan, Suffian bersama teman wanitanya yg turut membantu Zakuan yg kebingungan dgn masalah yg menimpa isterinya. Setelah bomoh yg dipanggil tidak berjaya merawat Noridah menggunakan jin dlm rawatannya.Kemunculan Iman Malik memberikan harapan kepada Zakuan dan keluarganya untuk memulihkan Noridah. Namun ianya tidak mudah yang disangka lantaran gadis dahi berlubang itu degil dan tidak mahu melepaskan tubuh Noridah.
Beberapa bab terakhir agak mendebarkan dgn gangguan yg dihadapi oleh ahli keluarga Zakuan. Juga tidak ketinggalan dialog antara gadis itu dengan Imam Malik dan terbongkarnya rahsia siapa gadis dahi berlubang itu. Novel ini tidak mengecewakan aku yg banyak membaca karya2-nya sebelum ini. Cara olahannya menarik berbeza daripada novel-novelnya yang lain. Sesekali lari dari tema percintaan yg kadang-kala agak membosankan dengan tema yg sama cuma teknik pengolahan yg sedikit berbeza anatara satu sama lain. Tambahan pula temasebegini kurang di pasaran dan itulah yg menjadi pilihan aku.
Tuesday, 13 May 2008
KENA TAG PLAK (drpd Fad)
1. 7 FAKTA TENTANG AKU
a) gile ngan kaler pepel, kalo ble sume nak warna pepel
b) x suka naik bas yg sesak dgn org - sanggup tunggu bas lain
c) dulu susah nangis skrg jadi cengeng pulak
d) x cerewet sangat pasal makan
e) dah lama x dapat tido cukup 8 jam
f) suka nasi goreng pattaya dan teh ais
g) suka kumpul artikel & gambar drpd akhbar yg aku rasa menarik
2. 7 PERKARA MENAKUTKAN (kat dunia)
a) kehilangan ahli keluarga & org tersayang
b) sakit teruk
c) bertimpa2 masalah datang
d) x de RM -skrg sume guna duit
e) semakin hilang saudara - krn harta,pgkat,kuasa & glamour
f) kegagalan dlm hidup
g) x kawin- uwahhh mak tolong!!!
3. 7 LAGU BUAT MASA INI
a) Ketahuan - Matta
b) Sembunyi - Misha Omar & Andy
c) Makhluk Tuhan Paling Seksi - Mulan Jameela
d) Harum Subur di Hati - BPR
e) Ingkar - Bunga Citra Lestari
f) Hanya Kau Yang Mampu - Aizat
g) Umbrella - Rihanna
4. 7 PERKARA YANG SELALU AKU SEBUT
a) Allahu Akbar - bkn tunjuk baik yer
b) tau x pe
c) x de maknenye
d) x tahu pulak
e) bodoh betul - kesabaran dh menipis
f) opss!
g) tu je rasanya yg slalu sebut
5. 7 BENDA YANG AMAT BERNILAI
a) diri sendirilah
b) keluarga bahagia
c) aset peribadi
d) kebahagiaan
e) kawan2 rapat yg ngam
f) kerjaya yg kukuh
g) ada RM dlm tangan
6. 7 "PERTAMA KALI" DLM HIDUP SAYA
a) bila menari kat sekolah rendah
b) bila jumpa Faisal Tehrani & Fazley masa MPR
c) bila hasilkan karya sendiri
d) bila dapat RM drpd hasil menulis
e) bila wat persembahan dpn Senator Datuk Dr. Jins Shamsuddin masa form 6
f) bila gi skodeng dgn Daya kat Pearl Point
g) bila dapat duit gaji pertama
7. 7 ORANG BERTUAH ( Kena jawab tag ni balik)
a) Kak P'nut
b) kawan yg ada blog
c) mereka yg kenal aku
d) pengunjung blog ni
e) sape2 yg nak jawab
f) Daya - ada blog tak
g) Hairul - ni pun x tau ade blog tak
# payah gak nak jawab benda alah ni coz tak tau nak tulis apa.... bikin feninlah kepala aku...
a) gile ngan kaler pepel, kalo ble sume nak warna pepel
b) x suka naik bas yg sesak dgn org - sanggup tunggu bas lain
c) dulu susah nangis skrg jadi cengeng pulak
d) x cerewet sangat pasal makan
e) dah lama x dapat tido cukup 8 jam
f) suka nasi goreng pattaya dan teh ais
g) suka kumpul artikel & gambar drpd akhbar yg aku rasa menarik
2. 7 PERKARA MENAKUTKAN (kat dunia)
a) kehilangan ahli keluarga & org tersayang
b) sakit teruk
c) bertimpa2 masalah datang
d) x de RM -skrg sume guna duit
e) semakin hilang saudara - krn harta,pgkat,kuasa & glamour
f) kegagalan dlm hidup
g) x kawin- uwahhh mak tolong!!!
3. 7 LAGU BUAT MASA INI
a) Ketahuan - Matta
b) Sembunyi - Misha Omar & Andy
c) Makhluk Tuhan Paling Seksi - Mulan Jameela
d) Harum Subur di Hati - BPR
e) Ingkar - Bunga Citra Lestari
f) Hanya Kau Yang Mampu - Aizat
g) Umbrella - Rihanna
4. 7 PERKARA YANG SELALU AKU SEBUT
a) Allahu Akbar - bkn tunjuk baik yer
b) tau x pe
c) x de maknenye
d) x tahu pulak
e) bodoh betul - kesabaran dh menipis
f) opss!
g) tu je rasanya yg slalu sebut
5. 7 BENDA YANG AMAT BERNILAI
a) diri sendirilah
b) keluarga bahagia
c) aset peribadi
d) kebahagiaan
e) kawan2 rapat yg ngam
f) kerjaya yg kukuh
g) ada RM dlm tangan
6. 7 "PERTAMA KALI" DLM HIDUP SAYA
a) bila menari kat sekolah rendah
b) bila jumpa Faisal Tehrani & Fazley masa MPR
c) bila hasilkan karya sendiri
d) bila dapat RM drpd hasil menulis
e) bila wat persembahan dpn Senator Datuk Dr. Jins Shamsuddin masa form 6
f) bila gi skodeng dgn Daya kat Pearl Point
g) bila dapat duit gaji pertama
7. 7 ORANG BERTUAH ( Kena jawab tag ni balik)
a) Kak P'nut
b) kawan yg ada blog
c) mereka yg kenal aku
d) pengunjung blog ni
e) sape2 yg nak jawab
f) Daya - ada blog tak
g) Hairul - ni pun x tau ade blog tak
# payah gak nak jawab benda alah ni coz tak tau nak tulis apa.... bikin feninlah kepala aku...
Friday, 9 May 2008
HAPPY MOTHER'S DAY
Selamat Hari Ibu buat ibuku Pn.Noriah binti Hj. Akhbar Ali. Kami tak pernah sambut hari ibu kerana setiap hari pun hari ibu kan. Tak perlu ada hari khusus sebenarnya kerana kalau kita nak menunjukkan kasih sayang dan tanda kita menghargai ibu. Jangan tunggu hingga 11 Mei setiap tahun baru nak buat sesuatu. Kepada semua ibu di luar sana aku ucapkan SELAMAT HARI IBU!
Mother's Day poem by Howard Johnson:
M - is for the million things she gave me,
O - means only that she's growing old,
T - is for the tears she shed to save me,
H - is for her heart of purest gold,
E - is for her eyes, with loving - light shining,
R - means right, and right she'll always be,
put them all together, they spell "MOTHER", A word that means the world to me.
Tuesday, 6 May 2008
ASAS BUDIMAN : TAMAT KERJA

Semalam syarikat aku dapat surat drpd DBKL yg menyatakan perjanjian dgn syarikat aku selama 15thn akan berakhir pada Mei ini. Bermakna mereka tidak lagi menyambung kontrak dgn syarikat aku yg mengendalikan 'parking meter'. So apa jadi dgn kami? Syarikat x ade bisnes = x ade sumber pendapatan = x ade gaji = staff diberhentikan!!! Tak sampai 2 thn pun aku kerja kat sini dah jadi macam ni. Nak salahkan sape DBKL yg x bg peluang kedua kepada syarikat atau pihak pengurusan yg tidak mahu membuat rayuan terhadap tender tu. Apa yg pasti kesannya dirasai oleh semua staff dan juruteknik termasuk aku!
Gaji bulan April baru semalam aku dapat akibat 'kehausan' duit syarikat. Pening kepala aku sekarang ni bukan senang nak dapat kerja lain apalagi dlm jangka masa terdekat ni. Banyak benda aku nk bayar guna duit gaji ni...nak bg sikit kat mak & abah, bayar insuran, duit makan + tambang bas, benda-benda lain yg nak dibayar lagi. Semputlah aku. Nak harap gaji part time kat Jusco manelah cukup...nak simpan pun payah.
Kerja kat sini walaupun agak bosan coz hanya ada 3 staff pompuan - aku, Kak Liza (Eksekutif Pentadbiran) dan Makcik Rohaya (Pembantu pejabat) tapi officenya dekat dgn rumah aku. Gi kerja boleh jalan kaki hanya 20 minit jer, tempat solat pun senang, kerja pun x bnyk sangat (waktu2 tertentu je sibuk), kdg2 bila aku x de kerja boleh surf internet,baca novel, taip cerpen dan kalo ngantuk sangat terlajak juga tapi bukan tido matilah...maklumlah wat dua kerja dlm masa yg sama.
Kat sini juga aku bnyk belajar camner cara kerja di dlm pejabat sebab aku x ade pengalaman pun. Kalo kerja kat shopping complex adalah tapi x sama. Nak wat macam mane dah rezeki aku kat sini setakat yg dah ditentukan jer.
Walau macam mana kita berusaha kalau Allah s.s.wt. dh tentukan rezeki kita takat tu jer redha ajelah. Takkan aku nak menangis, meraung coz dh hilang kerja kan bukan boleh dapat balik kerja tu. Family aku dh tahu dorang pun rasa sedih gak.
Kalau asyik fikir benda ni boleh pecah kepala otak aku ni. Apa-apa pun aku mesti berpegang kepada apa yg dh terapkan dln diri aku sejak beberapa waktu dahulu.
Walau macam mana kita berusaha kalau Allah s.s.wt. dh tentukan rezeki kita takat tu jer redha ajelah. Takkan aku nak menangis, meraung coz dh hilang kerja kan bukan boleh dapat balik kerja tu. Family aku dh tahu dorang pun rasa sedih gak.
Kalau asyik fikir benda ni boleh pecah kepala otak aku ni. Apa-apa pun aku mesti berpegang kepada apa yg dh terapkan dln diri aku sejak beberapa waktu dahulu.
Dan kata2 untuk sejukkan hari aku ni :

SETIAP KEJADIAN MEMPUNYAI RAHMAT, HIKMAH SUPAYA MANUSIA BERIMAN

KEGEMBIRAAN SELALU DATANG SELEPAS KESUSAHAN
(G.Apollinaire, penyair Perancis)

SETIAP ORANG DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA BUKAN GAGAL!
(Henry Thoreau, ahli falsafah Amerika)

PILIHLAH UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN, KELAK IA AKAN MEMBAWA KEPADA KEBENARAN
(Richard Carlson, pelakon veteran Hollywood)

SEJARAH IALAH FALSAFAH MENGAJAR DENGAN MEMBERI CONTOH
(Henry St. John Bolingbroke, pemikir politik Inggeris)
EXPERIENCE IS THE GREAT TEACHER

Monday, 5 May 2008
BAHAN TERLARANG DLM PRODUK KOSMETIK
Sebagai seorang wanita kita tidak boleh lari daripada produk kosmetik. Tapi tahukah kita bahawa ada sesetengah produk yang menggunakan bahan-bahan terlarang di dalam produk mereka yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Oleh kerana tiada standard khusus ditetapkan bagi menentukan keselamatan produk, jadi lebih baik jika kita menjadi watchdog sendiri. Info ini diambil daripada sebuah majalah.

1.ALPHA-HYDROXY ACIDS (AHA)
Ada dalam: Pelembap, toner, pembersih muka, mask dan krim anti penuaan
Perlu hati-hati: AHA dikenali kerana ia membantu mempercepatkan pengusiran sel kulit mati. Tetapi ia juga boleh meningkatkan sensiviti kulit kepada pancaran matahari sebanyak 50% dan menyebabkan penuaan kulit lebih cepat dan mungkin juda mendedahkan anda kepada kanser kulit
Selamat jika: AHA selamat digunakan jika kandungan peratusnya kurang daripada 10%
2.FORMALDEHYE
Ada dalam: Pewarna kuku, syampu, sabun dan krim muka
Perlu hati-hati: Ia mudah meresap ke dalam kulit dan menyebabkan reaksi alergi, pening kepala dan mungkin juga asma (lelah). kandungannya jika disenaraikan kesemuanya sering didaftarkan sebagai formalin. Penggunaannya dalam produk kosmetik diharamkan di Jepun dan Sweden
Selamat jika: Anda baca label dengan teliti dan perhatikan jika ada tanda amaran di situ.
3.PROPYLENE GLYCOL
Ada dalam: Losyen penghalang matahari, gincu bibir dan produk mandian
Perlu hati-hati: Ia juga dikatakan menjadi punca masalah hati dan buah pinggang. Boleh menyebabkan kerengsaan pada mata dan kulit.
Selamat jika: Cuba elakkannya dan gunakan produk alternatif yang mengandungi glycerin dan sorbitol
4.SODIUM LAURYL SULFATE
Ada dalam: Buih mandian, ubat gigi, syampu dan losyen
Perlu hati-hati: Ia boleh memasuki sistem badan termasuk dalam otak, hati dan jantung. Ia dikaitkan dengan kerengsaan mata, ruam kulit dan reaksi alergi
Selamat jika: Anda cari produk lain yang kurang berisiko
5.TALC
Ada dalam: Alat kosmetik dan bedak badan
Perlu hati-hati: Mineral talc dikaitkan dengan kanser ovari
Selamat jika: Anda elakkan menggunakan bedak berasaskan talc pada bahagian alat kelamin
6.MINERAL OIL
Ada dalam: Pencuci kotoran alat solek, gincu bibir dan losyen
Perlu hati-hati: Ia dikaitkan dengan pori-pori tersumbat hingga menjadi penyebab kanser kulit. Ia tidak membenarkan kulit untuk 'bernafas'
Selamat jika: Elakkan sahaja....
7.METHYL METHACRYLATE
Ada dalam: Produk kecantikkan kuku
Perlu hati-hati: bahan kimia ini dikaitkan dengan infeksi fungal dan segala macam masalah kuku. Penggunaan berlarutan akan menyebabkan masalah mata, kulit, fungsi abnormal hati dan buah pinggang dan masalah tumbesaran.
Selamat jika: Gunakan produk yang mengandungi Ethyl Methacrylate meskipun ia agak mahal sebagai gantinya.Lagipun, bukankah kesihatan lebih berharga?
Friday, 2 May 2008
ARTIKEL AGAMA & QOUTES: 10 TANDA HATI MATI
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda hati mati ialah:
1. Kamu mengaku kenal Allah s.w.t, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.
3. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Kamu memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t., tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu mengikutinya.
6. Kamu mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kamu mengaku adanya seksa neraka, tetapi kamu tidak berusaha menjauhinya.
8. Kamu mengaku kepastian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu lupa akan keaiban kamu sendiri.
10.Kamu menghantar dan menguburkan jenazah/ mayat saudaramu se-Islam, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
1. Kamu mengaku kenal Allah s.w.t, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.
3. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Kamu memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t., tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu mengikutinya.
6. Kamu mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kamu mengaku adanya seksa neraka, tetapi kamu tidak berusaha menjauhinya.
8. Kamu mengaku kepastian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu lupa akan keaiban kamu sendiri.
10.Kamu menghantar dan menguburkan jenazah/ mayat saudaramu se-Islam, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
MATA MELIHAT
AKAL BERFIKIR DAN MERENUNG
LALU TERASA DI HATI
KEBESARAN ALLAH
ITU TANDANYA,
Subscribe to:
Posts (Atom)